Lembah Durian Runtuh dinamakan bersempena hasil utama daerah tersebut, iaitu buah durian yang isinya terlalu sedap sehingga meleleh air liur dibuatnya.
Pada setiap musim buah, dusun besar yang berdekatan kampung-kampung itu akan dibahagikan 100 petak supaya lebih kemas jadinya usaha memungut durian.
Kg Cempedak Goreng mempunyai seramai 43 penduduk dewasa lelaki, Kg Gulai Nangka, 41 orang dan Kg Belimbing Jeruk, 16 orang. Setibanya musim durian pria-pria ini akan cepat-cepat pohon kerja untuk memungut durian.
Namun sejak setahun dua ini, rezeki hanya datang menggolek ke Kg Gulai Nangka sahaja.
Tauke baru di mukim Durian Runtuh – pembesar yang namanya Umarlim – adalah seorang yang bersifat memilih bulu. Lalu kerja memungut buah itu tidak diagihkannya kepada orang kampung Cempedak Goreng dan Belimbing Jeruk.
Maka penghulu Kg Cempedak Goreng pun bertanyalah kepada Umarlim kenapa peluang tidak diberikan sama rata. Keberatan sangatkah untuk berkongsi rezeki?
Keputusan untuk menyerahkan 100 petak keseluruhannnya kepada 41 orang sahaja penduduk Kg Gulai Nangka mengakibatkan 59 orang penduduk kampung-kampung jiran kempunan tidak dapat menikmati buah.
“Nasiblah,” jawab Sang Tinta Utama Umarlim dengan selamba sahaja apabila ditanya tentang pengagihan berat sebelah itu.
“Ia hanya secara kebetulan,” ujarnya.
(Klik pada rajah)
“Adalah tidak adil …”Dalam ‘Lim Guan Eng met his (cyber)match’ kelmarin, seorang blogger Jebat Must Die (JMD) telah mencatat:
“Another farce Lim Guan Eng left behind for us to see is the ‘random’ award of contracts in Penang. He claimed that he practices meritocracy when handing out contracts for his subjects in Penang. But after an MCA representative made noise over the racial composition of the recipients, Lim Guan Eng covered up by saying that the contracts were awarded randomly. So which is which? Was it random? Or was it meticulously selected through meritocracy?”Wakil MCA yang dimaksudkan JMD ialah ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang. Beliau telah mengkehendaki Guan Eng memberi penjelasan bagaimana kontrak-kontrak Drainage and Irrigation Department (DID) diberikan 100% kepada bumiputera Pulau Pinang.
Dalam alam Malaysian First, sesiapa yang mengutarakan soal ras akan pasti diterjah dan kritikan orang itu diputar-belitkan sebagai bernada rasis.
Seperti yang boleh dijangka, puak-puak DAP dengan sepantas kilat menuduh pemimpin MCA itu seorang ‘rasis’ hanya kerana Tan Cheng Liang mengemukakan satu tanda tanya yang wajar diberi jawapannya oleh ketua menteri Pulau Pinang itu.
Adakah adil sekiranya projek DID diberikan seratus peratus — semua dibolot — kepada 41 orang Kg Nangka manakala 43 orang Kg Cempedak dan 16 orang Kg Belimbing langsung diketepikan?
A. Kadir Jasin, mantan pengarang kumpulan NSTP, dalam blog postingnya ‘The DAP Favouring the Bumiputeras?’ telah menulis:
“… disagree with the Chief Minister, Lim Guan Eng, if only 0.2 per cent of projects were given to the non-Bumiputeras. I understand if the DAP wants to show that it’s not neglecting the Bumiputeras, but to sideline the non-Bumiputeras is unfair and politically unwise.”
Tambah Kadir lagi:
“So while the BN is appeasing the minorities, the DAP is pleasing the majority. … the DAP has every reason to believe that the votes of the minority – meaning the Chinese – are already in the bag as was confirmed during the recent Sarawak state assembly election. Back to the MCA allegation that the DAP was favouring the Bumiputeras in Penang, if indeed this is the case, I hope those fortunate Bumiputera contractors are real and genuine, and not some sort of Ali-Baba or proxies.”
(Klik pada rajah untuk membaca rencana penuh.)
Disyorkan juga membaca sorotan JMD mengenai tindak-tanduk kerajaan negeri Pulau Pinang.
TQHELEN ANG
Post a Comment