Sepanjang isu murtad di DUMC, PAS yang merupakan sebahagian dari kerajaan Pakatan Rakyat yang didomiansi DAP cuba memberi alasan dengan menuduh kembali kepada kepada kerajaan UmnoBN yang menggalakkan budaya murtad.
Kononnya usul PAS sebanyak tiga kali untuk membentangkan akta bagi mencegah murtad telah ditolak parlimen, dengan yang terbaru dari YB Salahudin pada Mac 2006 turut ditolak oleh parlimen BN.
Persoalannya, usul-usul yang dilakukan PAS hanya gimik politik kerana isi kandungnya tidak difikirkan dalam-dalam dan hanya untuk diguna bagi ceramah bagi menempelak UMNO.
Pihak PAS turut membuat akuan Mufti Harussani pernah dedahkan pada tahun 2006, bahawa ada 100,000 umat islam telah mutad berdasarkan research dari golongan professional. Namun tiada butiran data yang dikongsi dari Mufti yang ketika itu begitu rapat dengan PAS tapi kini diherdik PAS.
Itu memang cara PAS bertindak. Lebih membina isu politik dari bertindak yang efektif. Cuba difikirkan apa jadinya jika sentiasa dilayan emosi dari kemurtadan Nor Aishah Bokhari dan Azlina Jailani kepada keamanan dan kedamaian antara kaum dan ugama yang tidak terjejas lagi.
Bandingkan dengan meningkat sekali keseteruaan kaum dan uagam ketika zaman ini dimana PAs begitu kuat berkempen dan dapat sokongan bukan Islam dan bukan Melayu. Kenapa isu ini masih tidak dapat PAS tangani.
Dalam masa PAS bising kata kerajaan UMNO BN tidak dapat lakukan apa-apa terhadap gejala murtad, undang syarie berkenaan murtad (baca Skrewkuat sini) yang diguna JAIS untuk menyiasat GMDU dapat diwartakan.
Small Talk pun ada menulis mengenai undang2 syarie di Pahang berikut:
Bukan setakat itu, bagi negeri-begeri yang belum ada seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak, masih ada peruntukan larangan undang-undang di peringkat Persekutuan.
To all Non-Muslims, please pay attention that there is such a law called CONTROL AND RESTRICTION OF NON-ISLAMIC RELIGIONS ENACTMENT 1989 in the State of Pahang.
Among others, you cannot approach a Muslim to convert him to your religion!
Please click on the images above to enlarge to see the lists of words and phrases that can only be used by the Muslims and not by the non-Muslims. Ignorance of the law is no excuse !
Bolehkah PAS wartakan undang-undang di Pulau Pinang?
Sekarang kami tanya, dengan undang2 pencegahan murtad yang sudah disediakan, Salahuddin Ayub pula yang berpaling tadah dalam enforcement undang-undang yang dah disediakan untuk memelihara akidah.
Malangnya PAS pula yang tidak pertahankan akidah dan cuba menyalahkan UMNO pula.
Matanglah dalam berpoilitik wahai PAS. Hentikan berpolitik tanpa ada had dan etika anda!
Post a Comment