Diakhir minggu lepas, sana sini cermaah pemimpin Pakatan berusaha mengalih isu usaha untuk memurtadkan orang Islam oleh gereja Damansara Utama Methodist Church dengan cara beberapa kaedah.
Cara paling mudah adalah menafikan berlakunya murtad dan mengatakan ianya hanya Majlis memberi derma. Ini cara yang diguna Dr Badrul Amin.
Dalam satu Tazkirah Ramadhan di Masjid al-Khairiah, Taman Sri Gombak Fasa 7, Batu Caves petang Jumaat, dia sanggup mengatakan semua ini satu pembohongan. Badrul menjelaskan kehadiran umat islam di Gereja Methodist Damansara Utama adalah untuk menerima sumbangan dan bukan tertarik dengan ugama Kristian.
Kehadiran orang-orang Melayu di gereja Kristian PJ pada Ogos 3hb dalam bulan puasa terus dibela PKR dengan pelbagai dakwaan dan alasan ianya tidak ada kaitan dengan kristianisasi.
Jelas ini bertentangan dengan pendedahan JAIS yangada di situ dan nampaknya laporan JAIS akan diperlambatkan hingga September.
Alasan murah untuk menagkis isu ini adalah yang sering diguna oleh Khalid Samad dan Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu menyalahkan kepada UMNO.
Walaupun ianya seperti dikatakan PM sebagai tidak masuk akal kerana JAIS berada di bawah kerajaan Selangor dan exco PAS, mereka seolah-olah dah jadi dunggu hingga tiada modal lain.
Yang paling kurang cerdik sekali adalah kesediaan beberapa pemimpin agama yang sedia diguna dan dipeputarbelit pihak gereja melalui hujah bahawa tiada salah untuk penganut sesuatu ugama menerima sumbangan dari institusi agama lain.
Ianya seolah-olah mereka tidak menekan langsung kesalahan memujuk dan memurtadkan orang Islam melalui pujukan bantuan dan sumbangan.
Pemimpin ugama Islam seolah-olah leka bahawa dengan pengakuan yang dibuat adlaah serupa kita membenarkan kalimah Allah diguna oleh pihak gereja, Bible Melayu digunapakai gereja, danlain-lain permainan licik evangelis dibenarkan untuk bermaharajalela.
Pemimpin ugama kita seolah tidak sedar bahawa pendakwahan Kristianisasi di kawasan Seperti Petaling Jaya sudah sampai ke tahap tabligh rumah ke rumah yang difokuskan kepada rumah2 orang Islam.
Post a Comment