Label 10

Home » » NEWS BREAK !! LAPORAN JAIS DAH SIAP LAMA DAH...KENAPA NAK DEDAH LEPAS RAYA ??

NEWS BREAK !! LAPORAN JAIS DAH SIAP LAMA DAH...KENAPA NAK DEDAH LEPAS RAYA ??

Written By AAKJ on Sunday, August 14, 2011 | 2:53 AM

Laporan Ops Akidah di Gereja telah siap disediakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penuatkuasa, JAIS pada Ogos 4hb, 2011. Hari ini Ogos 13hb, adakah MB sengaja lewatkan pengumuman?
------------------------------------------------------------

DAP yang dalam keadaan terperangkap mahu kes gereja DUMC ini tidak dipanjangkan lagi. Kalau boleh terus didiamkan.

Mereka berharap laporan JAIS hanya akan disiarkan kepada umum oleh MB pada bulan September atau lepas hari Raya ketika isu ini sudah sejuk. Dengan cukup masa, mereka sempat lembutkan laporan tersebut dan bersedia dengan spin yang lebih munasabah untuk orang awam terima.

MB Khalid pun dalam keadaan serba salah dan akan terus berada di bawah tekanan jika terus disiarkan segera laporan JAIS ini. Dia berharap untuk umumkan dalam keadaan yang lebih reda dan cuba membeli masa.

PAS pula cuba melambatkan masa dengan menetapkan tarikh yang agak lambat untuk bertemu dengan pihak gereja dan JAIS. Mereka berjanji akan memberi perkiraan yang banyak kepada laporan JAIS.

Padahal Dr Hassan Ali yang merupakan Exco Hal Ehwal Ugama telah memberikan penerangan yang panjang lebar. Haji Hadi hanya mengatakan penerangan Hassan Ali sebagai keyataan pihak ketiga.

Ini mungkin kelihatan ilmu yang agak naif dalam pentadbiran sebuah negeri bodoh tetapi ianya alasan untuk membeli masa.

Buat apalah nak buang masa lagi. Tak payahlah nak tahan-tahan lagi. Kasi keluar terus.

Jangan sebab MB tak mahu keluarkan dan umumkan laporan itu, nanti kami yang jadi MB dan umumkan laporan tersebut....
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger