iktibar ????
KES KAHWIN KERANA NAK LELAKI KAYA ??
TAK PUAS HATI...TUKAR BALIK KEPADA SEMBAH TOKONG !!
PULAU PINANG: Kes terbaru murtad mula membahang di negeri ini apabila satu lagi kes tuntutan murtad difailkan oleh seorang wanita mualaf pada 10 Julai 2006.
Sumber yang dipercayai berkata, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah menetapkan 24 April ini bagi memperdengarkan keputusan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam.
Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Syariah, Azzeman Omar, setelah kes itu disebut di hadapannya pagi ini.
Keputusan kes itu akan dibacakan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes itu dahulu, Othman Ibrahim, yang ketika ini merupakan Ketua Hakim Syarie Perlis.
Peguamnya, Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, keputusan mengenai kes itu sudahpun dibuat dan hanya menunggu ia dibacakan oleh hakim berkenaan.
Terdahulu, Siti Fatimah, 38, atau nama asalnya Tan Ean Huang, memfailkan permohonannya itu terhadap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selaku defendan. MAIPP diwakili peguam syarie Ahmad Munawir Abdul Aziz.
Beliau mendakwa tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.
Fatimah yang berasal dari Nibong Tebal dalam afidavitnya memohon keluar daripada Islam kerana beliau tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak dia memeluk Islam pada 25 Julai 1998 dan berkahwin dengan Ferdoun pada 16 Sept 2004.
Beliau yang pernah bekerja sebagai tukang masak, memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab.
Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
dari sudut syara’, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.
Post a Comment