Label 10

Home » » LAPORAN KHAS PAPAGOMO-SOMALIA-KP1M !! 3 TAHUN JE BEZA MERDEKA !!

LAPORAN KHAS PAPAGOMO-SOMALIA-KP1M !! 3 TAHUN JE BEZA MERDEKA !!

Written By AAKJ on Wednesday, August 31, 2011 | 12:09 AM

Humanitarian Assistance Somalia MERDEKA DAY - Hanya 3 Tahun Membezakan Malaysia Dan Somalia

Tuesday, August 30, 2011




Selamat Hari Kebangsaan yang ke 54 buat negaraku Malaysia yang tercinta. Sesungguhnya Bumi Bertuah Malasyia adalah Bumi yang ku sayang dan ku kasih.

54 tahun negara kita Merdeka dan banyak pencapaian yang membanggakan kita rakyat Malaysia. Sejak Merdeka kita orang Melayu, Cina, India dan lain lain bangsa bersatu hati dalam membangunkan negara. Semua pihak terlibat dalam membangunkan negara Malaysia ini dan tidak ada satu pihak pun boleh menyatakan bahawa pembangunan yang ada di Malaysia hari ini adalah hasil dari satu bangsa sahaja.

Itulah keunikan Malaysia negara kita yang tercinta, semua bangsa bersatu hati dalam membangunkan Ekonomi negara sehingga Malaysia dikenali seluruh dunia malah rakyat negara asing melihat Malaysia sebuah negara yang sesuai buat pelaburan mereka.


Tetapi tahukan anda bahawa negara Somalia mencapai kemerdekaan pada 1 Julai 1960 iaitu 3 tahun selepas negara kita Malaysia Merdeka. Dan apa yang ada pada hari ini di Somalia adalah tidak langsung mengambarkan sebuah negara yang Merdeka.








Perpecahan antara mereka dalam perang saudara yang berlanjutan sejak 1991 menjadikan rakyat Somalia daif dan mengalami beratus ribu kematian akibat tembakan, kebuluran dan juga penyakit.




Bayangkan jika ianya berlaku di Malaysia sepertimana keadaan yang berlaku di Somalia ini apa akan berlaku pada anda dan anak cucu cicit anda? Gomo sendiri tidak dapat membayangkan jika ianya berlaku dalam Malaysia.









Bayangkan hanya 3 tahun jarak yang membezakan antara Kemerdekaan Malaysia dan Somalia namun begitu jauh jurang pencapaian yang ada diantara Malaysia dan Somalia. Kunci dalam perbedaan ini adalah perpaduan yang kita rakyat Malaysia ada dan tidak pada rakyat Somalia.




Di Hari Merdeka ini Gomo pinta agar seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa bersatu padu dalam membangunkan negara. sudah 54 tahun kita Merdeka dan selama ini kita aman dan tenteram malah ekonomi buat kita semakin hari semakin meningkat.


Apakah kita ingin menjadi seperti Somalia yang bergolak?


renung renungkanlah wahai rakyat Malaysia, Bangga lah kita sebagai rakyat Malaysia kerana tidak ada bumi lain yang sanggup menerima kita selain dari Malaysia tanah Tumpahnya Darahku
TQPAPAGOMO
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger