Jika tidak berlakunya percubaan atau pun terdapat melayu murtad didalam GDMU,mengapa peguam pihak peguam menghalang JAIS daripada menyoal siasat beberapa orang melayu yang disyaki?
Jika hanya menghadiri satu majlis komuniti apa perlunya pihak JAIS hingga terpaksa mengambil tindakan undang undang agar yang disyaki murtad tampil memberi kenyataan?
Kalau dah tak salah,apa perlunya takut?
Sesi Pendengaran JAIS-DUMC..
AIDCNews – 25/08/11 – Petang tadi bermulalah sesi pendengaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) anjuran kerajaan negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).
Pendengaran itu dianggotai oleh tiga ahli panel iaitu, Abdul Khalid sendiri, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Timbalan Mufti, Datuk Abdul Majid Omar.
Dimulai dengan kedatangan pihak JAIS, sekitar jam 2 petang, diketuai oleh Pengarahnya, Marzuki Husin dan tiga pegawai yang lain.
Diikuti dengan pihak DUMC, empat wakil penganjur program makan malam ‘Thanksgiving’ daripada Harapan Komuniti, bersama dua orang peguam mereka.
Kedua peguam itu adalah Datuk Kenny Ng Bee Ken dan Annou Xavier.
Salah seorang wakil DUMC adalah ‘Sophia’ watak utama yang dipaparkan dalam rakaman video yang dimuat turun di internet semasa pemeriksaan JAIS di DUMC pada 3 Ogos lalu.
Kemudian identiti ‘Sophia’ didedahkan sepertimana dalam kad pengenalannya, iaitu seorang Melayu beragama Islam bernama Nadeane Binti Che Mohd Salleh.
Wakil JAIS dilihat meninggalkan bangunan itu pada pukul 3.06 petang, manakala wakil DUMC pula pada pukul 4.05 petang.
Difahamkan pendengaran itu dilakukan secara berasingan.
Ketika ditemui media, peguam DUMC, Kenny Ng Bee Ken memberitahu pertemuan tersebut satu “mesyuarat yang baik”
Manakala pihak JAIS pula memberitahu pihaknya mengalami kesukaran untuk melengkapkan siasatan berhubung pemeriksaannya ke atas Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu, ekoran terdapat beberapa saksi-saksi (dari kumpulan 12 peserta itu) yang enggan memberi kerjasama untuk kenyataan mereka direkodkan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarahnya, Marzuki Husin.
Manakala laporan portal Malaysiakini pula menambah Pengarah JAIS itu sedang mengambil tindakan melalui proses undang-undang agar kenyataan saksi-saksi tersebut dapat direkodkan.
Lapor portal itu, JAIS akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya cukup keterangan yang menepati keperluan intipati seksyen kesalahan yang disiasat dan mengambil tindakan lain bersesuaian dengan hasil penyiasatan tersebut.
tqpisau
+ comments + 1 comments
Khalid nak lengah lengah nak mencairkan dan melembutkan ketegasan perlembagaan dimata ramai dan pemerintah.
Dimana perlembagaan Persekutuan telah menyatakan, "Tidak boleh menyebar kepercayaan lain kepada orang Islam!"
Tidak ada tolak ansur dalam isu perlembagaan.
Sekali lagi politik jalanan atau rayuan simpati rakyat yang di anggap bodoh dimainkan dengan cara bodoh!
Post a Comment