Program berbuka puasa PM Najib di Selangor semakin membuatkan Khalid Jamban dan firaunnya semakin terdesak. Sokongan diterima sudah jelas menunjukkan Khalid Jamban dan sekutunya akan disampahkan bila tiba masanya. Aku tak nak bercerita panjang. Korang tengok gambar dan nilaikan sendiri. Secara peribadi aku yakin Selangor akan tumbang tetapi ingatan aku kepada UMNO Selangor, jangan terlalu cepat merasa selesa. Kerja mesti diteruskan. Perjuangan belum selesai. Jangan ada rakyat yang menyokong UMNO hanya kerana Najib Razak. Biarlah rakyat bersama kita kerana perjuangan kita dan bukanlah kerana individu. Apa nasib parti kita andai individu tersebut tiada lagi. Fikir-fikirkanlah
Ini gambar sokongan rakyat Selangor kepada kepimpinan Dato Seri Najib Razak. Gambar dibawah pula adalah gambar sokongan rakyat Selangor kepada kepimpinan Khalid Jamban. Fikirkan Bersama!!
Semalam 17/11/2011 PM Najib berada di Selangor untuk berbuka puasa bersama rakyat Dun Selat Klang dan juga Dun Sementa. Program bermula seawal jam 6 petang dan berakhir jam 11 malam selepas moreh dan penyampaian sumbangan kepada masjid-masjid dan surau di kawasan berdekatan.
Kehadiran rakyat ketika berbuka puasa amat baik sekali. Maklumat yang aku dapat jumlah kerusi di dalam khemah sahaja berjumlah 7000 buah penuh dan tidak termasuk lagi yang terpaksa duduk diluar khemah dan kawasan sekitar. Aku anggarkan kehadiran semalam mencecah 10 ribu orang.
Ini adalah satu petanda rakyat sudah menolak kepimpinan Khalid Jamban yang dibantu oleh Peliwat Tegar sebagai Penasihat Ekonomi. Bukan program ini sahaja yang mendapat sambutan hebat malah program terdahulu juga mendapat sambutan yang sama.
Ini sudah tentu menakutkan Khalid Jamban dan firaun-firaun kecilnya untuk mengekalkan kuasa. Mereka akan memikirkan cara terbaik untuk mengelirukan rakyat supaya tidak hadir ke mana-mana program yang di anjurkan oleh pembangkang Selangor iaitu Barisan Nasional.
Datuk Rahman Palil ketika berucap telah mendedahkan strategi bodoh pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat bahawa program berbuka puasa tersebut dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.Agak mengejutkan strategi seperti ini diguna pakai seolah-olah mereka sudah berada di dalam satu situasi yang sangat-sangat kritikal. Mengikut sumber, surat ini dihantar terus ke rumah-rumah penduduk berdekatan supaya mereka tidak hadir memberi sokongan kepada PM Najib.
Bulan Ramadhan perlu diambil berkat sebaiknya dan bukanlah terus menjalankan agenda menfitnah demi mempertahankan kuasa. Rakyat sudah semakin benci dengan cara seperti ini.
T.Kasih Minaq Jinggo & KITAGEMPUR
T.Kasih Minaq Jinggo & KITAGEMPUR
Post a Comment