Lebih daripada 450 pelajar Yayasan Selangor (YS) bakal menghadapi masa depan yang gelap ekoran keputusan pentadbiran sayap pendidikan negeri Darul Ehsan itu bakal menutup dua buah asrama terkemukanya di ibukota yang selama ini menjadi penyambung talian pendidikan di beberapa sekolah terkemuka termasuk Sekolah Menengah Victoria dan Sekolah Aminuddin Baki.
Langkah itu walaupun ditentang oleh wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanahnya, tetap dilaksanakan oleh YS dengan tidak lagi mengambil pelajar baharu tingkatan satu ke kedua-dua asrama pusat berkenaan pada awal tahun ini.
Pihak pentadbiran bercadang menutup operasi kedua-dua asrama gah itu apabila sesi sekolah berakhir pada akhir tahun ini. Pelajar-pelajar sedia ada bakal dipindahkan ke asrama-asrama sekolah berkenaan yang pastinya tidak menjadi kenyataan kerana sekolah-sekolah tersebut juga menghadapi masalah kekurangan tempat di asrama masing-masing.
YS memberikan alasan bodohnya, bahawa kedudukan asrama berkenaan tidak sesuai lagi kerana para pelajar tersepit dalam kesesakan lalulintas sehingga menyebabkan mereka yang ke sesi petang hanya sampai ke asrama jam 8.30 malam dan tergesa-gesa untuk kegiatan selanjutnya.
Tetapi itu hanyalah alasan YS, menurut sumber dalaman, kewangan defisit YS adalah punca utama tindakan tersebut kerana pihak pentadbiran sudah tidak mempunyai kewangan untuk mengurus para pelajar berkenaan dan dengan memindahkan mereka ke asrama-asrama daerah seperti di Sabak Bernam dan Klang pastinya mengurangkan beban yang ditanggung.
Sebelum ini YS menutup kolej kemahiran di Kuala Selangor dengan alasan operasinya tidak menguntungkan.
Darul Ehsan Today
Baca kisah penuh penyalahgunaan di Double Y sini dan sini
Darul Ehsan Today
Baca kisah penuh penyalahgunaan di Double Y sini dan sini
Post a Comment