Label 10

Home » » ISU PAS SOKONG METHODIST !! KETUA PEMUDA PAS SEKADAR SPEAKER BURUK !!

ISU PAS SOKONG METHODIST !! KETUA PEMUDA PAS SEKADAR SPEAKER BURUK !!

Written By AAKJ on Monday, August 15, 2011 | 11:03 PM






KUALA LUMPUR 14 Ogos - Sambil menegaskan bahawa masalah murtad adalah isu akidah yang melepasi sempadan politik, Dewan Pemuda Pas Pusat sekali lagi mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya membuat pendirian rasmi berhubung isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab di akhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam di negara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin.

Katanya, murtad kini menjadi ancaman serius kepada kemuliaan agama Islam di Malaysia dengan data Mahkamah Syariah menunjukkan seramai 863 individu Islam telah memohon untuk menukar status agama mereka sejak 2000 hingga tahun lalu.

Beliau mengulangi pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat menyokong penuh tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat terdapat cubaan memurtadkan 12 individu Islam walaupun dikecam pihak tertentu dalam parti berkenaan.

Nasrudin juga tidak berganjak daripada pendirian terdahulu yang tegas tidak mahu menggadaikan maruah Islam hanya kerana kepentingan politik, apabila terus berikrar untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam.

"Kami bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan Pas," kata Nasrudin dalam blognya hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, Nasrudin menjadi mangsa terbaru selepas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam pemimpin Pas pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau mengeluarkan kenyataan keras mahu mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa.

Dalam pada itu, bagi memastikan masalah murtad tidak menjadi barah kepada umat Islam pada masa hadapan, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu mendesak agar kerajaan meluluskan Akta Murtad dengan segera dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam sebagai subjek wajib lulus

tq utusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger