Hari ini sudah Ogos 25 hari bulan.
Laporan penyiasatan awal sudah dibuat JAIS beberpa hari selepas peristiwa Ogos 3hb. Laporan tersebut pun telah kami siarkan di sini.
12 orang Melayu Islam yang diminta ke Jais sudah datang minggu lepas dan semua makluat releven sudah dikumpulkan. Tidak boleh tolak berlaku murtad ke ugama Kristian. Dengan ini bermakna ada kesalahan pihak DUMC.
Kenapa laporan Jais masih tidak keluar lagi?
Sementara itu, Pengerusi JAIS dilaporkan cuba lepas tangan dengan penafian tidak tahu menahu.
MB Khaid Ibrahim pun dikatakan cuba mengatur cara untuk menutup isu ini dengan mengumumkan Majis Syura. Bunyi Majlis syuara tapi ahli hanya tiga orang saja termasuk dirinya.
Nasib Tuanku memberi respon yang segera dan Khalid ditangkap dalam keadaan kecing berdiri sedang menjaja nama Sultan.
Dari khabar yang kami dengar, pihak JAIS tdak akan caj sesiapa pun. Antara alasan yang di reka-reka adalah tiada siapa boleh dicaj.
Iya ke....
Kami mengungkit kembali tulisan Skrewkuat berhubung Enakmen undang-undang syarie yang terlibat di sini.
Betul ke tidak ada orang yang boleh dicaj atau Khalid sudah gunakan pengaruh untuk matikan kes ini?
Harap rakan-rakan blog boleh hebahkan perkara ini. Pihak Dap dan gereja memang mahukan isu ini dimatikan tetapi a tidak mati-mati.
Apabila balik kampung, pastikan supaya gereja DMUC/GMDU ini dibuat subjek perbualan hari raya.
Post a Comment