hiasan
Live dari Mahkamah Jalan Duta 8/25
Pembelaan Anwar kini berkeci berai. Soal siasat Dr David Wells oleh Dato Hamzah dan Dato Yusof dari pasukan pendakwa telah kerat 16 masak kari saksi berprospek Anwar.
Bekas pengurus pentadbiran perubatan di Pusrawi, Yusri Ali kini dipanggil sebagai saksi. Catatan asal perubatan dikatakan tiada dan hanya ada yang salinan.
Tetapi Dr Osman dan Saiful, kedua-dua mengatakan tiada catatan diambil sebaik Saiful mengatakan dia telah diliwat VVIP. Saiful disuruh ke HKL. Tujuan apa isu ini ditimbulkan melainkan untuk propaganda politik.
Ikuti ...
----------------------------------
0815 - Keadaan di sekitar lobi dan luar kamar masih tenang. Para wartawan mula beratur di luar pintu masuk mahkamah. Hanya beberapa org saja penyokong tegar dsai d sekitar lobi...
0835 - Ram Karpal Singh, dan pakar DNA kedua, Dr. Brian McDonald tiba awal dalam kamar. Trial pagi ini akan menyaksikan pemeriksaa utama saksi pembelaan yang ke-5 iaitu Dr. Brian McDonald, pakar DNA oleh Ram Karpal Singh sendiri.
0843 - Kumpulan DPP tiba di dalam kamar dengan wajah yang tenang.
0845 - Para wartawan dan penyokong Anwar serta pemerhati asing mula memenuhi galeri awam perbicaraan. Ram dan Brian dilihat sibuk membuat persiapan perbicaraan. Ram nampak gelabah skit.
0854 - Dato Param dan Sankara Nair hadir tiba di kamar. Seperti biasa Karpal Singh paling akhir yang tiada. Usah tolak kemungkinan beliau tak hadir dan diguna sebagai alasan untuk minta tunda.
0900 - Dato Yusuf, Puan Noorin dan Dr. Seah dilihat rancak bincang. Mereka ada standby nak counter hujah pihak pembelaan.
Setakat ini hanya seorang penyokong dikesan dalam kamar selain dua pemerhati asing. Galeri awam setakat ini masih banyak kerusi kosong...
Show is over for Anwar Ibrahim
Post a Comment