PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.
Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan hukum syarak
TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid. TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Jika pemerintah Singapura melarang azan dilaungkan dari pembesar suara, umat Islam negara tersebut boleh mempertimbangkannya atas alasan, di ceruk manapun negara itu, umat Islam adalah golongan minoriti kurang dari 20%.
Tetapi, jika di Padang Menora, yang dikelilingi perkampungan Melayudengan 99% penduduk Islam pun dipaksakan larangan menggunakan pembesar suara untuk azan dan tarhim di subuh yang hening, ini merupakan penghinaan besar ke atas umat Islam dan lambang kecelakaan sikap DAP Pulau Pinang yang mengatasi perbuatan pemerintah Singapura.
Bayangkan kerajaan PAS Kedah yang mempunyai tampuk pemerintahan sebuah negeri yang sanggup menjilat dan mencium kaki seorang wakil rakyat DAP di negeri itu, dan perbezaannya dengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mempunyai seorang wakil rakyat PAS yang diterajang dengan hina dan bukan itu sahaja, umat Islam yang berjumlah 43% di negeri itu turut dijadikan biri-biri peliharaan sang singa. Ia adalah sesuatu yang jelas memalukan umat Islam keseluruhannya.
Itu belum di kira :
1. Isu bantahan DAP ke atas PAS Selangor berhubung serbuan ke atas gereja haram;
2. Isu bantahan DAP ke atas PAS Selangor berhubung penjualan arak;
3. Isu bantahan DAP ke atas PAS KL berhubung konsert artis luar negara;
4. Isu ahli politik DAP melafaz ayat al-Quran secara tunggang langgang dan menerima sorakan PAS;
5. Isu BERSIH dan isu air Selangor (di mana kerajaan negeri merancang menyerahkan projek urus air kepada syarikat Singapura atas nasihat DAP), yang mempergunakan PAS;
6. Isu perempuan DAP yang tidak suci diangkat sebagai pemimpin dan di benarkan berucap dalam masjid oleh puak-puak sesat PAS demi wang ringgit yang bakal dihulur.
Semua ini berpunca dari Nizar Jamaluddin yang dengan jelas, memberi indikasi kepada DAP bahawa, PAS adalah tunggangan yang patuh dan tidak akan sesekali membantah. Ini berlaku 3 tahun lalu. Akibat membantah saranan Mufti Perak supaya PAS dan UMNO pada waktu itu bersatu dan membentuk kerajaan campuran, dan menghina Mufti, PAS hilang maruahnya satu persatu dan tidak siapa dapat membantah bahawa Yang Maha Esa memberikan pengajaran kepada PAS melalui cara yang sangat memalukan.
Insaflah para ahli PAS, adakan referendum seluruh ahli untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Selepas itu, musnahkan parti ini, dan namakan ia dengan sesuatu yang baru, yang tidak lagi membawa sial bulan sebutir bernama PAS.
Post a Comment