Label 10

Home » » giloO !! PELANGGAN PELACOR CHINA SEBAGAI PENGERUSI "JAWATAN KUASA TERPILIH PARLIMEN" ??!

giloO !! PELANGGAN PELACOR CHINA SEBAGAI PENGERUSI "JAWATAN KUASA TERPILIH PARLIMEN" ??!

Written By AAKJ on Monday, August 22, 2011 | 9:44 PM



SHAH ALAM 21 Ogos - UMNO Selangor menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mula menunjukkan bibit-bibit 'tamak kuasa' apabila meminta kerajaan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, permintaan yang dibuat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu tidak sepatutnya dibuat dan ia jelas menunjukkan parti pembangkang mahu mempolitikkan penubuhan jawatankuasa berkenaan.

Katanya, sebagai pembangkang, PKR sepatutnya mengetahui bahawa JTP adalah satu usaha kerajaan untuk menambahbaik sistem pilihan raya sedia ada termasuklah memberi ruang kepada pembangkang untuk melantik tiga wakil mereka sebagai angota jawatankuasa itu.
Malah kata beliau, wakil daripada bebas juga turut diberikan tempat dan ruang untuk menganggotai jawatan kuasa tersebut.

"Jawatankuasa ini (JTP) diwujudkan bukan sebab pilihan raya negara ini tidak bersih, tetapi untuk penambahbaikan supaya pilihan raya di negara ini lebih baik dan memuaskan hati semua pihak.
"Dalam JTP sendiri, ada tiga tempat untuk wakil pembangkang yang mana Anwar boleh jadi wakil, Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) pun boleh jadi wakil....pasal apa nak rebut jawatan," katanya selepas melancarkan 'Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri' di tapak Pasar Tani FAMA di Seksyen 13 di sini, hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Wan Azizah semalam yang menyarankan kerajaan melantik Anwar untuk mengetuai JTP.
Menurut Wan Azizah, pelantikan Anwar yang juga suaminya sebagai ketua jawatankuasa itu kononnya akan mewujudkan keseimbangan dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya.

Dalam pada itu, Noh bagaimanapun menyatakan saranan Wan Azizah itu sebenarnya tidak perlu selain dilihat tidak membawa apa-apa makna ke arah usaha berkenaan.
Katanya, sebelum ini pembangkang sering kali memesong, memperguna serta mempolitikkan usaha-usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti sistem biometrik, isu pengunaan dakwa kekal dan sebagainya.

"JTP ini adalah usaha mengingatkan sistem pilihan raya negara, bukan untuk dijadikan modal mempolitikkan bagi mendapatkan undi.
"Apa guna jawatan kalau sekadar menjadi 'kuda tunggangan' kepada orang lain seperti yang berlaku kepada PKR di Selangor yang menurut kehendak DAP," ujarnya.

utusanmalaysia
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger