Label 10

Home » » EDISI DEDAH !! GEMA NYANYIAN "ALHAMDULILLAH&ALLAHUAKHBAR" D MAJLIS 12 MURTAD WAJIB D BERI PERHATIAN !!

EDISI DEDAH !! GEMA NYANYIAN "ALHAMDULILLAH&ALLAHUAKHBAR" D MAJLIS 12 MURTAD WAJIB D BERI PERHATIAN !!

Written By AAKJ on Sunday, August 21, 2011 | 3:18 PM


gambar hiasan

Dua belas orang Muslim yang menyertai acara kenduri kesyukuran di dewan serbaguna Damansara Utama Methodist Church (DUMC) telah memasang peguam Cina – Lim Heng Seng dan Hoi Jack S’ng.
Nampak ketara bahawa kedua-dua orang loyar tersebut sedang cuba berdolak-dalih dan menimbulkan alasan-alasan teknikal supaya akan dapat ditangguhkan sesi soalsiasat Jais yang mana anak guam mereka dikehendaki hadir.



Terdapat tiga kemusykilan yang masih belum terjawab:
(1)   Kenapa program makan malam yang dianjurkan NGO bukan-Islam mahu menyelit nyanyian ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahuakhbar’?



(2)   Mengapa soalan kuiz Islam diedarkan kepada para peserta oleh pihak penganjur yang sudah pasti tidak bertauliah apalagi untuk mencampurtangani perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan akidah umat Islam? (Lapan orang kanak-kanak Muslim juga turut berada di dalam dewan ketika itu).

(3)   Adakah wajar kuiz tersebut mengemukakan soalan yang antaranya berbunyi: “Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran?” Dan kenapa pula kertas kuiz itu dijumpai habis pecah carik dalam tong sampah?

Perkara-perkara sebegini agak mencurigakan lalu umat Islam memang patut sangsi terhadap penjelasan terbalik lidah yang mampu setakat ini disajikan oleh gereja.
Ada udang sebalik batu
Sila baca juga sebuah posting ditulis pada tahun lepas oleh Sharifuddin A. Latiff yang membongkarkan betapa liciknya Chan Lilian berputar-belit.



(Chan Lilian ialah petugas di Jabatan Media Lim Guan Eng yang dipanggil polis untuk beri keterangan berhubung tweetnya yang menyebut: “Saya berpendapat semua penganut Kristian di negara ini harus berarak ke atas semua penganiayaan yang mereka telah lakukan ke atas kita.”)
Sharifuddin juga pernah berkata bahawa majikan Chan Lilian, yakni ketua menteri Pulau Pinang itu terlalu gemar “berlagak dirinya lebih Islam daripada kita orang Melayu sendiri” dan bagaimana Guan Eng “cuba menunjukkan DAP boleh lebih Islam daripada PAS campur Umno sekaligus”.
Apakah niat terselindung paderi dan mubaligh Kristian serta politikus-politikus pembangkang Kristian ini?


Khabarnya saf kepimpinan Cina DAP yang beragama Buddha/Daoisme pun kurang menyenangi tindak-tanduk rakan-rakan puak Kristian mereka.
Untuk membaca bagaimana Lim Guan Eng memperlekehkan Hari Wesak serta menyeru kepada penyokongnya yang bukan-Islam supaya bersama-sama menentang “perang jihad” Ibrahim Ali, sila klik sini.


TQHELEN ANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger