KUALA LUMPUR, 28 Ogos — DAP menggesa kerajaan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyiarkan satu laporan menerusi saluran TV1 semalam — didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook “Murtads in Malaysia and Singapore” menerusi segmen berita perdana 8 malam tadi, mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.
Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.
Kandungan laporan itu mendakwa pemimpin-pemimpin itu sebagai anggota kumpulan tersebut.
Laporan itu memetik Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Jurit Ramli berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan segera kononnya memurtadkan Muslim sebagai ancaman yang sebenar.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, menjadi tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memastikan mereka yang bertanggungjawab menyiarkan bahan itu dipecat dengan segera.
“TV1 sangat tidak beretika dalam menyiarkan laporan itu tanpa memastikan kesahihan maklumat dengan pihak-pihak relevan yang dikaitkan oleh laman Facebook terbabit, memandangkan mereka merupakan pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh dihubungi dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pua berkata, TV1 kelihatan jahil ataupun enggan mengetahui bahawa fungsi ‘add to group’ dalam Facebook tidak boleh menghalang pentadbir kumpulan daripada menambah anda dengan mana-mana kumpulan.
Oleh itu katanya, mereka yang didakwa sebagai penyokong laman sosial itu tidak berhasrat atau tidak tahu bahawa mereka telah menyertai kumpulan tersebut.
Ahli Parlimen itu menambah, saluran tersebut memilih untuk menyebarkan berita palsu dengan menekankan kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kumpulan berkenaan sedangkan ia sepatutnya mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab mengaitkan kepimpinan perikatan itu.
Apabila tembelang mereka pecah. RTM pula dipersalahkan. Itulah perangai DAP yang tidak pernah mengakui kesilapan mereka.
TQMYMASSA
Post a Comment