Label 10

Home » » CAN I FUCK U = BOLEH SAYA BERZINA DGN ANDA ?? gilOOO NUAR !!

CAN I FUCK U = BOLEH SAYA BERZINA DGN ANDA ?? gilOOO NUAR !!

Written By AAKJ on Monday, August 22, 2011 | 11:31 PM


AIDCNews – 22/08/11 – Kerana tidak berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu mensapina dua warganegara asing dan seorang rakyat marhaen Malaysia.
Ketiga-tiga individu yang tidak berdosa yang disepina oleh Anwar itu adalah Suliati, warganegara Indonesia yang menjadi pembantu rumah kepada Hassanuddin Abd. Hamid pemilik Unit Kondominium, tempat didakwa berlakunya kejadian liwat tersebut; Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, warganegara Burma yang menjadi doktor di Hospital swasta Pusrawi dan Yazihan Jusoh, seorang jururawat di hospital swasta Pusrawi.

Suliati Pembantu Rumah Hassanuddin
Suliati sebelum ini telah menghadirkan diri untuk sesi temu bual bersama peguam bela Anwar dan dikenakan sepina untuk dijadikan saksi pembelaan kepada pihak Anwar.
Pada 26 Jun 2008, Suliati bersama seorang lagi pembantu rumah bernama Fitria Dipan dikatakan berada di Unit 1152, bersama majikannya Hassanuddin dan isterinya Noor Sham Abdul Hamid.
Fitria Dipan tidak dapat dihubungi kerana dikatakan telah pulang bercuti di Indonesia, manakala Hassanuddin dan isterinya tidak dikenakan sepina sepertimana yang dilakukan Anwar kepada pembantu rumah sahabat baiknya itu.

Dalam keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh hari ini, Ketua Umum PKR tidak menyebut Unit 1151, sebaliknya menegaskan Unit 1152 yang dikatakan milik Hassanuddin.
Walhal dalam keterangan di mahkamah sebelum ini Hassanuddin mempunyai dua Unit di kondominium itu iaitu 1152 dan 1151.

Difahamkan, unit 1152 merupakan unit rumah peribadi Hassanuddin, manakala Unit 1151 adalah milik Hassanuddin yang dijadi sebagai ‘rumah tamu’ iaitu diberikan kepada tetamu-tetamunya untuk berehat.
Pada hari kejadian, 26 Jun 2008, Anwar mempunyai dua aktiviti berbeza di unit berbeza dan pada masa yang berbeza.

Kira-kira jam 12 tengahari hingga 2.30 petang Anwar bermesyuarat bersama empat individu di Unit 1152 dan di unit itu juga Suliati berada.
Manakala kira-kira jam 3.0 petang hingga 4.30 petang, Anwar berpindah di Unit 1151.
Menurut keterangan Mohd Saiful di mahkamah pada 3 Februari 2011, dia diarahkan Anwar untuk pergi ke Unit 1151 untuk berbincang jadual kerja.

Anwar juga turut memberitahunya bahawa kira-kira jam 12 tengahari beliau mempunyai mesyuarat bersama Prof Ariff di Unit 1152.

Mohd Yusof : Pukul berapa lebih kurang smpai ke kondo?
Saiful : Lebih kurang jam 2.45 petang
Mohd Yusof : Selepas itu?
Saiful : Saya terus menuju ke unit 1151
Mohd Yusof : Diberitahu ke unit Hassanuddin (1152) kenapa ke 1151?
Saiful : Setiap kali ke sana, saya diarahkan ke unit 1151
Mohd Yusof : Jadi hari itu diarahkan ke unit 1151?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : 11-5-1 siapa punya ?
Saiful : Anwar beritahu unit milik Hassanuddin tetapi sebagai rumah tetamu
Mohd Yusof : Sampai ke unit 1151, apa yang kamu buat sampai ke muka pintu?
Saiful : Tiba di unit tersebut buka pintu, tak berkunci, masuk letak kasut di sebelah kiri belakang pintu
Mohd Yusof : Masa buka pintu, nampak siapa di dalam?
Saiful : Dari pintu tersebut tak nampak
Mohd Yusof : Bila masuk ?
Saiful : Nampak Anwar duduk di meja makan
Mohd Yusof : Apa buat dengan dokumen bila masuk?
Saiful : Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen
Mohd Yusof : Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Saiful : Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama selepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof : Apa soalan itu?
Saiful : “Can I fuck you today?”
Mohd Yusof : Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
Saiful : Marah dan takut
Mohd Yusof : Ada kamu kata apa-apa?
Saiful : Tolak pelawaannya
Mohd Yusof : Apa kamu kata bila menolak?
Saiful : Saya kata saya tak mahu melakukannya
Mohd Yusof : Anwar kata apa-apa, bila kamu kata tak nak melakukannya?
Saiful : Dengan nada marah Anwar kata “What?”
Mohd Yusof : Seterusnya?
Saiful : Anwar agak marah dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.
Mohd Yusof : Adakah kamu ke bilik tidur utama seperti diarahkan?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Dalam bilik utama apa berlaku?
Saiful : Dalam bilik utama Anwar pergi ke hujang bilik untuk tutup langsir. Saya ketika itu masih ada di pintu, kemudian Anwar pergi ke pintu untuk tutup lampu bilik.
Mohd Yusof : Jadi gelap la bilik itu?
Saiful : Ada cahaya dari pintu tandas dan celah-celah langsir
Mohd Yusof : Lepas itu?
Saiful : Anwar arahkan saya membersihkan diri di dalam tandas
Mohd Yusof : Masa itu dah buka pakaian?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Lepas bilas diri?
Saiful : Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya berwarna putih dan
gantung di tempat pemegang almari.
Mohd Yusof : Kamu bertuala?
Saiful : Saya bertuala.
Mohd Yusof : Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar ?
Saiful : Saya nampak. Anwar berada di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.
Mohd Yusof : Apa Anwar buat pada masa itu?
Saiful : Dia (Anwar) berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia lalu dia peluk saya sambil berdiri.
Karpal : May this evidence be in camera?



Anwar dalam keterangan membela diri hari ini turut menerima keterangan Mohd Saiful di atas, tetapi mempertikaikan aspek teknikal kenapa Saiful yang masih muda daripadanya tidak melarikan diri ketika mahu diliwat.

Malah, Anwar turut bersetuju pada hari kejadian tersebut, Saiful sendiri membawa bahan pelincir (KY Jelly) dan minum serta bersembang mesra bersamanya selepas aktiviti liwat tersebut. Klik di sini
Untuk pemahaman lanjut sila baca keterangan Mohd Saiful di mahkamah dan reaksi pemilik kondominium berkenaan Unit 1151 dan 1152. Klik di sini, sini dan sini


Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, Hospital Pusrawi

Dr Mohamad Osman Abdul Hamid adalah warganegara Burma yang menjadi salah seorang doktor di Unit Kecemasan Hospital swasta Pusrawi.
Pada 28 Jun 2008, sebelum Mohd Saiful ke Hospital Besar Kerajaan Kuala Lumpur (HKL), dia terlebih dahulu pergi ke hospital swasta Pusrawi.

Dr Mohamad Osman adalah doktor yang memeriksanya di hospital tersebut.
Apabila Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, Dr Mohamad Osman serta merta memberhentikan pemeriksaannya dan mencadangkan kepadanya untuk ke HKL kerana di hospital swasta tidak mempunyai kelengkapan forensik dan keterangan hospital swasta tidak diterima di dalam mahkamah.
Dengan nasihat dari doktor hospital Pusrawi itu, Mohd Saiful kemudiannya ke HKL dan menjalani pemeriksaan dengan bantuan tiga orang doktor pakar.

Sebelum ini, Anwar mendakwa dr Mohamad Osman berpihak kepadanya, namun apabila peguam Anwar mengenakan sapina kepada doktor itu bermakna dakwaan Anwar sebelum ini adalah pembohongan semata-mata.


Yazihan Jusoh, Jururawat Pusrawi

Nama Yazihan tidak termasuk dalam 15 saksi yang dipohon Anwar untuk ditemu bual di mahkamah. Namun nama itu dimasukkan kemudian sebagai salah seorang yang peguam Anwar akan temu bual.
Yazihan telah hadir ke mahkamah untuk ditemu bual oleh peguam Anwar pada 18 Ogos 2011.

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan keterangan jururawat hospital swasta Pusrawi itu, akhirnya peguam Anwar membuat keputusan untuk mengenakan sapina ke atasnya.


4 Individu Lagi Turut Disapina

Karpal Singh dalam kenyataan medianya hari ini memberitahu pihaknya akan mensapina 4 individu lagi untuk memberi keterangan dalam pembelaan Anwar.

Mereka adalah Datuk Seri Mohd Najib Razak (Perdana Menteri) dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka).

keempat-empat individu itu tidak ada di tempat kejadian pada masa, tarikh dan tempat Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

TQAIDC
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger