Label 10

Home » » BONGKAR !! NIK AZIZ NAK KUBURKAN BAKA ORG ASLI LOJING ??

BONGKAR !! NIK AZIZ NAK KUBURKAN BAKA ORG ASLI LOJING ??

Written By AAKJ on Saturday, August 6, 2011 | 9:28 AM


GUA MUSANG 5 Ogos - Masyarakat Orang Asli di kawasan tanah tinggi Lojing dekat sini meminta kerajaan Pas Kelantan membuat kajian terperinci sebelum meluluskan pembukaan tanah pertanian komersial di kawasan Tanah Tinggi Lojing, dekat sini, bagi mengelak ancaman hakisan di perkampungan mereka seperti yang berlaku sekarang.


Menurut mereka, semakin banyak kampung yang terdedah kepada bahaya hakisan bukit dan yang terbaru mengancam lebih 50 penduduk Orang Asli di Kampung Jek Jok, dekat sini.
Salah seorang penduduk, Elyas Anjang, 30, berkata, kerajaan negeri langsung tidak mengambil kira keselamatan kaum itu apabila meluluskan lebih luas tanah di kawasan bukit bagi tujuan pertanian khususnya sayur-sayuran.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini sudah berulang kali membuat bantahan pembukaan tanah pertanian di kawasan tanah tinggi itu, namun perkara itu tetap berlaku sampai sekarang.
"Kita sedih dengan apa yang berlaku itu dan kita tetap memantau perkembangan dan menghalang jentera daripada menjalankan kerja menyodok tanah jika keadaan lebih membahayakan keselamatan penduduk,” katanya kepada Bernama.

Rina Angah, 35, seorang suri rumah pula berkata, pembukaan tanah yang tidak terkawal di situ juga menyebabkan kawasan tadahan air bukit yang menjadi keperluan penduduk setiap hari menjadi kering.
Berikutan itu, katanya, penduduk terpaksa mencari kawasan tadahan air bukit di tempat lain untuk mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan harian, tetapi masih bimbang akan turut berlaku kemusnahan seperti itu.

Beliau berkata, penduduk akan bertindak untuk menuntut segala ganti rugi daripada syarikat pembangunan ladang sayur sekiranya banyak tanaman atau kediaman mereka musnah ditimpa hakisan bukit terbabit. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger