Blog Badar Suci. mendedahkan berikut:
Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali, mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.
Pelbagai bantuan saya terima, syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.
Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini, tetapi secara jujur, kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya, malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.
Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini, katanya yg ditemui di luar Gereja itu.
(Dalam perkara ini, siapa yg nak dipersalahkan, apa yg berlaku kpd ibu2 tunggal ini?? Dimana Jais, Jakim, Persatuan Ibu Tunggal dan NGO-NGO Islam??
Kpd NGO-NGO Islam,tak payah pergi lah jauh sangat,sampai menyabong nyawa utk membantu penduduk2 Pelestine disana. Disini (Malaysia) byk yg perlu dibantu.
Kpd pendakwah dan penceramah Islam, bantu lah mereka ini, luangkan lah masa utk berdakwah kpd mereka,jgn lah pandang pd wang ringgit, lakukan lah secara sukarela).
Komen MIM:
Isu DUMC telah melondehkan kerapuhan persefahaman dan persahabatan di dalam kepimpinan PAS Selangor. Dr Hassan Ali sekali lagi dikutuk keras manakala Khlaid Samad begitu beria-ia bercakap 'untuk pihak gereja Kristian'.
Masaalah di atas sudah pasti memburukkan lagi nama PAS yang dianggap boneka dan dibawah telunjuk parti DAP Cauvinis.
Tetapi yang lebih penting sekali ialah di manakah pihak-pihak yang menjaga hal ehwal Islam di Selangor jika kenyataan di atas adalah benar?
Kenapa dibiarkan ada pihak lain yang 'menjaga keperluan' orang Islam di negara ini?
Sultan Selangor sudah pasti ingin tahu perincian kepada isu DUMC tersebut dan MiM pasti baginda akan dapat memberi cadangan yang lebih bernas daripada kerajaan Khalid Ibrahim.
Post a Comment