Label 10

Home » » BONGKAR !! ASET MILIK RAKYAT SELANGOR D BERI KEPADA BANGSA CINA ??

BONGKAR !! ASET MILIK RAKYAT SELANGOR D BERI KEPADA BANGSA CINA ??

Written By AAKJ on Tuesday, August 9, 2011 | 5:17 PM

Pusat Kebudayaan Fuchow di Sibu

Semalam 8 Ogos 2011 pada lebih kurang tenggahhari 12:00, satu perjumpaan diadakan antara MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin DAP Selangor di Pejabat MB SUK, Shah Alam.

Pemimpin-pemimpin DAP yang hadhir adalah Tan Kok Wai, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, V. Ganabathirao dan Senator S. Ramakrishnan. Ganabathirao dan Ramakrishnan adalah bekas aktivis Hindraf.

Pelbagai isu yang telah dibincangkan tetapi isu yang paling menyedihkan ialah Khalid bersetuju utk membina satu Pusat Kebudayaan Cina & India di kawasan Klang.

Pembinaan Pusat Kebudayaan yang mungkin menyerupai Pusat Kebudayaan Focow tetapi berfungsi lain sedikit tidak menjadi sesuatu yang besar sangat dalam masyarakat multietnik seperti Malaysia.

Yang menjedihkan adalah kesediaan MB Khalid untuk ambil alih tanah Yayasan Selangor untuk diberikan bagi tujuan membina pusat kebudayaan tersebut.

Sudahlah wang sebanyak RM87 dalam Yayasan Selangor kering kontang disebat Khalid untuk mengisi dana pilihanraya, tetapi baru-baru ini asrama-asrama yang pulohan tahun disediakan untuk penuntut luar bandar yang belajar di sekolah ternama di Kuala Lumpur pun akan dirobohkan.

Sebelum itu, beberapa pusat pendidikan dan kemahiran bawah Yayasan Selangor yang merupakan program untuk membantu penuntut yang cicir pelajaran pun ditutup.

Nampaknya slogan rakyat yang dilaungkan Pakatan Rakyat, program yang membela nasib rakyat nampaknya satu demi satu di hentikan demi politik untuk mengisi kantung pilihanraya. Kantung pilihanraya akan dibelanjakan untuk mendapatkan undi kaum Cina dan India.

Dalam mesyuarat itu, Khalid turut memberitahu Kerajaan negeri telah peruntukan bebrapa bidang tanah kepada kerajaan pusat untuk membina sekolah tamil & cina d selangor. Nampaknya kerajaan pusat yang bina, Pakatan yang akan dapat undi.

Kantung pilihanraya masih belum mencukupi kerana Khalid memberitahu dia tidak akan mengikut BN membubarkan Parlimen untuk membubarkan DUN. Maknanya banyak lagi aset negeri dan dana-dana yang dibina masa BN akan dicairkan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger