Label 10

Home » » BLOGGER KURAP DAP TERPAKSA BERBOHONG WALAUPUN D BULAN PUASA SEBAB BLOG DAH TAK LAKU !!

BLOGGER KURAP DAP TERPAKSA BERBOHONG WALAUPUN D BULAN PUASA SEBAB BLOG DAH TAK LAKU !!

Written By AAKJ on Wednesday, August 17, 2011 | 2:37 PM


Artikel ini diharapkan dapat membuka mata SKMM bahawa jangan setakat bagi amaran tetapi ambillah langkah yang sewajarnya bagi mengekang maklumat palsu dari blog pembangkang.

Apa yang aku dedahkan ini adalah satu pembohongan maha besar blogger pembangkang yang bernama MILO SUAM. Hari ini blogger tersebut telah mengeluarkan artikel yang bertajuk Bongkar! Skrip sumpah PATI agar Menyokong BN. Menurut blog tersebut, gambar ini didapati dari Keadilan Daily.


Bongkar! Skrip sumpah PATI agar menyokong BN!


SEBELUM ini ada disiarkan di MiLo SuaM bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan, rujuk sini [Warga asing]
Di bawah ini salinan skrip sumpah yang dimaksudkan. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana negara ini dijual oleh United Malays No Otak secara terang-terangan kepada warga asing.

Sebelum ini kita sudah saksikan bagaimana pendatang asing menghalau imam bertauliah di Negeri Sabah, rujuk sini [Halau imam]. Tidak lama lagi jangan terkejut, bila imam di semenanjung pula akan dihalau oleh warga asing yang diberikan layanan istimewa oleh United Malays No Otak.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/bongkar-skrip-sumpah-pati-agar.html#ixzz1VEgw1erA

Apa yang aku nak pertontonkan di sini adalah fakta sebenar dan gambar yang sahih dari sumber-sumber MyMassa. Bandingkan kedua-dua dokumen ini:
Dan dokumen ini dibuktikan oleh pengakuan seorang bekas pemilik PR yang telah diberikan taraf warga negara. Pengakuan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia ini. Ertinya pengakuan ini bukan sesuatu yang direka-reka dan bersifat reaktif untuk menjawab tuduhan pembangkang. Secara logiknya, jika dikeluarkan hari ini mestilah surat ini telah diposkan ke pejabat utusan lebih awal.

Klik imej untuk membesarkannya.
Dalam pengakuan tersebut, penulis surat ini menyatakan langsung tiada elemen politik diselitkan dalam teks sumpah tersebut. Sama seperti yang MyMassa postkan.


Semasa mengangkat sumpah untuk menjadi warganegara kami disuruh taat kepada Agong dan setia kepada negara. Tidak ada satu pun elemen politik diselit dalam teks angkat sumpah tersebut.

Lihatlah bagaimana jijiknya fitnah pembangkang walaupun dalam bulan ramadhan al-mubarak. Pembangkang tanpa segan silu menfitnah sebagaimana yang pernah dilakukan semasa pilihan raya kecil Permatang Pasir. Di mana calon BN difitnah oleh Ketua Pemuda PAS yang menyatakan calon BN mempunyai isteri dua. Selepas habis PRK, perkara ini tidak pernah dibuktikan oleh PAS. Pembangkang cuba menfitnah UMNO dengan menuduh UMNO menggunakan sumpah untuk meraih undi sedangkan PAS lah yang kuat berbaiah (bersumpah). Sampaikan nak jadi calon pilihan raya pun terpaksa berbaiah supaya taat kepada parti, jika tidak, akan tercerai dengan isterinya talak tiga.




Akhir kata, kepada pembaca MyMassa, nilai sendiri betapa buruknya akhlak pembangkang di dalam bulan puasa ini. Oleh kerana MILOSUAM telah melampaui batas, maka MYMASSA terpaksa membongkarkan identiti blogger ini esok. Sebelum ini MyMassa hanya gertak sahaja dan gertakan MyMassa berjaya. Milosuam telah menutup jejaknya dengan menutup beberapa laman blog lamanya. Tunggu Milosuam, identiti anda akan terdedah esok. Rasalah macam mana kamu bongkarkan identiti papagomo satu masa dulu


TQMYMASSA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger