Menurut teori mabuk RPK, Sarbaini disuruh "climb out of the window and forced him to stand on the ledge." Kononnya kemudian itu, "In that split second, Ahmad Sarbaini’s belt got stuck on the outer part of the window and he lost his balance and his life."
Kami ulang kembali persoalan samada lojik bagi Sarbaini untuk berdiri atas "ledge" dengan kedudukan tingkap yang bukanya ternganga ke atas? Stuntman pun tak boleh berdiri atas ledge sedemikian.
Macam mana rupa tali pinggangnya tersangkut ke bahagian luar tingkap dengan pinggang Sarbaini mestilah lebih tinggi dari tingkap ketika berdiri????
Teori RPK yang mereka-reka konspirasi seolah-olah Sarbaini telah didera secara lisan kerana mahu menukar keterangan. Kononnya Investigating Officer IO telah dapatkan pengakuan dengan cara paksa bahawa Sarbaini mengenali forwarder dan ada menerima sedikit imbuhan.
Sapa nak baca teori berbelit RPK silalah baca, tapi dari apa yang kami tanya-tanya dan dapat, cerita dia mudah.
Sarbaini sampai ditingkat bawah dan disambut oleh seorang pegawai SPRM bernama Kamal. Langsung di bawanya ke atas ke bilik.
Sampai situ, lepas Sarbaini terangkan hajatnya nak tukar keterangan untuk tidak ngaku kenal dengan forwarder dan terima imbuhan.
Kamal masuk nak cari fail tapi keluar dia tak ada.
Antara yang berlaku sebelum itu, Sarbaini diminta berikan handphonenya kepada seorang pegawai. Nama pegawai tidak pasti.
Sebelum SPRM sedia nak tukar kenyataan, mereka beritahu Sarbaini akan hubungi forwarder untuk confirmation. Takkan orang tukar keterangan tak check?
Ketika Sarbaini berseorangan, itulah dia hilang dan sedar-sedar jatuh dari tingkap pantry.
Dari tempat dia ditahan, jalan lari hanyalah pantry. Mungkinkah dia lihat attap disebelah sana, dia ingat dia boleh lompat dan capai?
Ikhlas jawab kami adalah Wallauhu alam bissawwab.
Pastinya pihak forensik tiada kata dia bunuh diri atau dibunuh.
Lagi pun Sarbaini badan besar dan pegawai SPRM yang bernama Kamal itu tidak mungkin boleh paksa Sarbaini naik ke atas ledge.
Post a Comment