Gambar dua di atas dipetik dari The Star menunjukkan keadaan tingkap di mana pegawai kastam Ahmad Sarbaini dipercayai "lompat" keluar dan mati.
Persoalan yang Inkues perlu jawab dan keluarga Sarbaini mahu lawan habis-habisan adalah adakah Sarbaini dibunuh atau bunuh diri atau satu kemalangan.
Pada mulanya pihak-pihak penyiasat dan pakar dah katakan ia lebih macam kemalangan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Tapi RPK sudah jadi batu api dan keluarkan teorinya.
Menurut teori mabuk RPK, Sarbaini disuruh "climb out of the window and forced him to stand on the ledge." Kononnya kemudian itu, "In that split second, Ahmad Sarbaini’s belt got stuck on the outer part of the window and he lost his balance and his life."
Dato Shafee Abdullah menganggap teori RPK "mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.
“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian)."
Ledge yang disebut RPK adalah birai sempit mendatar yang menganjur keluar dari tebing tingkap. Tempat tangan lelaki berbaju putih diletak.
Bawah ini adalah gambar-gambar lain yang telah dapat kami usahakan sorok-sorok dari kawan-kawan demi mencari kebenaran.
Lojikkah bagi Sarbaini untuk berdiri atas "ledge" dengan kedudukan tingkap yang bukanya ternganga ke atas? Stuntman pun tak boleh berdiri atas ledge kerana ada tingkap.
Satu lagi, tak tahu macam mana tapi kita katalah Sarbaini berdiri mengikut kata RPK. Macam mana rupa tali pinggangnya tersangkut ke bahagian luar tingkap? Pinggang Sarbaini mestilah lebih tinggi dari tingkap????
Lain kali usah menulis masa tengah pekena Guiness Stout ...
Hai dahlah salah ... degil pulak itu.
Post a Comment