Never engage with a kaki bodek ...
Rumusan kami tentang tangan-tangan dalam isu DUMC beberapa hari lepas rupanya menarik perhatian The Star dan mendapat reaksi Group Editor the Star. Kononnya dia mahu engage dengan The Unspinners.
Bolehkah kami percaya orang yang semasa bekerja dalam The Star, kaki sebelahnya pernah melangkau masuk DAP. Profil anggota The Star Penang pun condongnya pun boleh dibaca.
Cara-cara Wong Chun Wai ini penuh pura-pura. Orang kaki bodek tidak boleh dipercaya. Mulut sentiasa manis untuk menyedapkan telinga. Ampu dan puji sentiasa untuk mengkhayalkan kita. Begitu mudah ia keluar, lagi mudah dia hilang erti.
Zaman Dr Mahathir, dipuja orang tua tu bagai nak gila. Naik Tun Dolah, dihina Mahathir dan dilambungkan pembaharuan dan keterbukaan Dolah kononnya. Naik Najib, ketepi semua.
Orang apa yang zaman Ling Liong Sik hidup; Ditukar Ong Ka Ting, dia masih ada; Zaman Ong Tee Keat, dia masih kekal; dan Hingga zaman Chua Soi Lek, masih hidup selamat.
Pasti naik Pakatan, dia bersama mereka.
Rasmi orang sedemikian tiada pendirian. Hari ini dia cakap lain, besuk dia tukar ke lain.
Kamu ada guna dia berbaik. Habis hampas, pergi mampus dengan kamu.
Apa sebenarnya terpendam dalam hatinya? Adakah sesuatu yang dipanggil prinsip dan perjuangan? Itu yang bahaya.
Kalau dah rasmi pengampu, usahlah nak berpura-pura.
Konon anda ada peranan ini dan itu. Orang ini sebenar itu dan ini. Itu kata kamu. Apa-apa boleh dikata.
Yang kami nampak dan perati, lain pula. Ya ... Wong Chun Wai kamu sedang diperati sentiasa.
Peranan kamu dalam interview lama kamu di
sini saja, kami sedar. Hari ini konon kamu bertentang pandangan, dahulu baik sekali ruang kamu berikan. Pernah kelihatan bersama di atas pentas.
email
sini pun menimbulkan persoalan tersendiri.
Liputan isu DUMC pun sengetnya begitu ketara. Begitu "objektif" liputan kamu dalam isu Teoh Beng Hock dan bible Melayu serta Herald.
Oleh itu, Wong Chun Wai ... tak payah nak bermuka-muka mahu engage dengan kami. Macam kamu handal dan hebat sangat!
Post a Comment