Iklan berbentuk mesej sempena menyambut Ramadhan diterbitkan oleh 8TV yang mencetuskan kontroversi. Ini merupakan iklan berbentuk pengajaran...
EP tak nampak dimana salahnya iklan ini tetapi ianya telah digunakan oleh puak-puak pembangkang untuk dijadikan isu politik...any comment...
Pakatan Rakyat mahu tindakan dikenakan ke atas saluran milik Media Prima, 8TV kerana menyiarkan iklan Ramadan yang menunjukkan sikap orang Cina semasa bulan Ramadan.
Gesaan itu dibuat selepas saluran itu menarik balik iklan tersebut berikutan kritikan ke atas klip yang menggambarkan seorang gadis “Cina” makan di depan khalayak ramai sambil mengenakan pakaian ketat semasa berkunjung ke bazar Ramadan.
“Seseorang harus mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana menghina Islam dan menggambarkan agama lain tidak menghormati agama lain,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata adegan-adegan dalam iklan itu “terlalu dramatik” di bulan Ramadan seperti orang Islam “tidak mengambil peduli orang lain makan, minum atau merokok di kawasan awam.”
Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mengkritik kumpulan media yang dikawal Umno sambil menyifatkannya sebagai “iklan tidak mementingkan sensitiviti dan amat kesat,” dengan “jika iklan itu tiada kaitan dengan kerajaan, tindakan serta-merta akan diambil oleh pihak berkuasa.”
“Media Prima perlu bertanggungjawab dan tindaka perlu diambil oleh kerajaan,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini. MI
**Lepas ni suruh je puak-puak pembangkang yang belakon dalam semua iklan... confirm tak rasis punya...
Post a Comment