Label 10

Home » » woOOO KONTRAK APA PULAK KENA SAKAU D SELANGOR ??

woOOO KONTRAK APA PULAK KENA SAKAU D SELANGOR ??

Written By AAKJ on Saturday, July 23, 2011 | 11:28 PM

Semenjak PKR mengambil alih pemerintahan negeri Selangor beberapa agensi yang selama ini mempunyai wang yang banyak tidak pernah sunyi dari masalah. Semua masalah melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa. Antaranya ialah Yayasan Selangor dan PKNS.

Bagi PKR inilah masanya untuk mereka mengangkut keluar wang-wang dan harta yang ada pada agensi-agensi berkenaan untuk mereka dan kroni-kroni mereka.

Sebagai permulaan kepada pendedahan bersiri ini kami ingin mulakan siri pertama berkenaan dengan penipuan perlantikan sebuah syarikat untuk menguruskan telemarketing PKNS.

Pada 28 Julai 2010 mesyuarat pengurusan PKNS telah melantik sebuah syarikat yang bernama Tetuan People Source (M) Sdn Bhd untuk menguruskan telemarketing PKNS dengan nilai kontrak RM 1.34 juta bagi tempoh satu tahun.

Keputusan untuk menyerahkan kontrak tersebut tidak dibentangkan dalam komiti tender PKNS. Peraturan telah menetapkan setiap kontrak yang melebihi RM 500 ribu hendaklah diputuskan dalam mesyuarat tender.

Orang yang bertanggungjawab memilih syarikat tersebut dan membentangkannya dalam mesyuarat ialah Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings, Pn Madihah. PKNS Holdings adalah anak syarikat kepada PKNS.

Setelah menyedari perkara tersebut menjadi satu kesalahan dan dalam masa yang sama kontrak tersebut hendak diberikan juga kepada syarikat kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender, maka proksi PKR dalam PKNS iaitu Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan dibantu oleh Puan Madihah dari PKNS Holdings telah membuat keputusan agar kontrak tersebut dipecahkan kepada tiga syarikat dan setiap satu syarikat akan dianugerahkan kontrak yang bernilai RM 447 ribu.

Dengan cara itu maka kontrak tersebut boleh diberi kepada syarikat kroni-kroni mereka tanpa perlu melalui komiti tender.

Setelah dipecahkan kepada tiga syarikat maka timbul lagi perasaan tamak dalam diri Othman dan Madihah, lalu mereka menukar keputusan daripada memberi kontrak yang asalnya satu tahun kepada dua tahun kepada setiap syarikat tersebut. Setiap syarikat dapat kontrak yang bernilai RM 894 ribu untuk dua tahun. Untuk tiga syarikat bagi kontrak dua tahun jumlahnya RM 2.68 juta.

Setelah siasatan dijalankan oleh beberapa pihak dalam PKNS didapati ketiga-tiga syarikat yang diberi kontrak tersebut didapati mempunyai kaitan satu sama lain. Diringkaskan cerita, tuan yang sama, nama syarikat lain-lain.

Lebih malang salah sebuah syarikat yang diberikan kontrak tersebut, Ping Technologies yang ditubuhkan beberapa bulan sebelum diberi kontrak telah diberi bayaran pendahuluan sebanyak 60% oleh PKNS Holdings. Ini menunjukkan syarikat tersebut tidak mempunyai kekuatan kewangan bagi menjalankan projek yang diberi.

Satu lagi persoalan yang timbul yang cukup-cukup meragukan dalam hal ini ialah penglibatan Pn Madihah dari PKNS Holdings yang diberi kuasa untuk memutuskan syarikat yang hendak dipilih untuk menguruskan telemarketing PKNS, sedangkan PKNS Holdings adalah sebuah anak syarikat PKNS.

Cukup setakat ini untuk pendedahan pertama, nantikan pendedahan seterusnya.

Selangordaily

YAKINI BN!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger