Label 10

Home » » tuiHHH !! PAS CELAKA KELANTAN CAJ PARKING D STADIUM..MUGO LAKU DAH BOLA !!

tuiHHH !! PAS CELAKA KELANTAN CAJ PARKING D STADIUM..MUGO LAKU DAH BOLA !!

Written By AAKJ on Sunday, July 10, 2011 | 9:29 AM


Ramai rakyat terkejut konsep kebajikan yang dibawa Pas kini dengan mengenakan caj parkir kepada pengunjung di Stadium Sultan Muhammed ke IV.
Ia menyebabkan ramai rakyat marah terhadap tindakan kerajaan Pas yang dilihat mengambil kesempatan terhadap kemajuan sukan di negeri ini termasuk bolasepak. Sempena kehadiran Ramadhan untuk bazar Ramadhan serta banyak perlawanan pasukan Red Warriors untuk pelbagai piala setelah menjadi juara Piala Malaysia, kerajaan Pas sengaja mengutip bayaran parkir daripada rakyat untuk keuntungan.

Seorang pengguna, yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berkata inikah bentuk kerajaan kebajikan yang mengambil kesempatan ke atas rakyat.
“Sudah caj tidak dimaklum kami sekeluarga terkejut selama 21 tahun tak pernah pulak Pas caj parkir di stadium kenapa baru sekarang. Nampak sangat nak cari untung.“Apalah kaedah ambil kesempatan kepada rakyat sedangkan Pas ni nak majukan bolasepak sukan duit tidak pernah beri,” katanya 

 "ACU GUNA OTOK GAK MIKIR, JANGE PALO LUTUT"

Baru-baru ini pihak kami menerima aduan umum mengenai caj tempat letak kereta di Stadium Sultan Mohammed ke IV di sini.
Tinjauan mendapati kerajaan Pas Kelantan tanpa makluman kepada rakyat telah mengenakan caj parke atas pengguna yang parkir di stadium.
Difahamkan parkir di stadium telah diberikan kuasa kepada metro parking yang telah menjalankan kutipan kepada pengguna.

Parkir stadium itu sebelum ini adalah percuma dan tidak pernah dikenakan sejak ia dibina ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Manakala sejak 21 tahun kerajaan Pas Kelantan memerintah sumbangannya dalam memajukan sukan termasuk menaiktaraf stadium adalah sedikit.

Lebih malang, tiada peruntukan disediakan untuk pembangunan sukan termasuk bolasepak kecuali pengecualian cukai kutipan jualan tiket di stadium berkenaan.

Kerajaan Pas cuba memainkan peranan kononnya mereka juga turut menyumbang kepada kejayaan Red Warriors dalam menjuarai perlawanan termasuk Piala Malaysia namun, rakyat mengetahui bahawa pasukan Kelantan mampu pergi jauh kerana Tan Sri Anuar Musa, iaitu Ketua Umno Bahagian Ketereh.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger