Suhakam sibuk hal FRU guna kekerasan ke atas kumpulan Bersih. Memanglah mereka yang memang mahu diperlaku kekerasan untuk tujuan propaganda politikkan mereka dan mereka yang sengaja engkar pun ada hak.
Kami petik dari the Universal Declaration of Human Rights sini. Dalam Article 3, disebut "Everyone has the right to life, liberty and security of person."
Orang asli di Galas duduk dalam habitat ratusan tahun hingga kerajaan Kelantan merosakkan habitat dan hak mereka untuk hidup, cucuk tanam, sumber air, dan lain-lain.
Orang Melayu adalah orang asal Pulau Pinang. Rumah Melayu di Kampung Assam, Pulau Pinang dirobohkan untuk flat 850 kaki persegi dan kompensasi yang tidak sama nilai. Baca MIM sini.
Article 7 deklarasi sama menyebut "All are equal before the law and are entitled without any discrimination to equal protection of the law. All are entitled to equal protection against any discrimination in violation of this Declaration and against any incitement to such discrimination."
Mengapa dia dibenarkan:
Mana hak Saiful Bahri yang dianiayai?
Anwar melakukan banyak kesalahan dari bawah undang-undang tetapi kenapa tiada dakwaan dan hukuman setimpal ke atasnya? Kenapa dakwaan orang lain berjalan dengan segera dan cepat, tapi Anwar makan masa dua tahun lamanya?
Dalam deklarasi hak asasi mansia yang sama, Article 10 menyebut "Everyone is entitled in full equality to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal, in the determination of his rights and obligations and of any criminal charge against him."
Kenapa SPRM dituduh salah dan masih dianggap salah walaupun Royal Commission Inquery dijalankan dan belum didedahkan hasil siasatan?
Article 12 menyebut "No one shall be subjected to arbitrary interference with his privacy, family, home or correspondence, nor to attacks upon his honour and reputation. Everyone has the right to the protection of the law against such interference or attacks."
Najib dan Rosmah masih dituduh membunuh Altantunya dan peribadi dan kehidupan keluarga dicerubohi.
Siasatan telah dilakukan dan mahkamah telah jelaskan Sirul dan Azrilah sebagai pembunuh dalam mahkamah yang adil. Ada pendakwa dan ada peguambela. Semua pihak tidak dikekang menjalankan peranan.
Pembangkang timbulkan isu Peguam Negara tidak letak Razak Baginda dalam saksi kandang tetapi kenapa peguambela tidak panggil Razak?
"Article 22" pula menyatakan mengenai "Everyone, as a member of society, has the right to social security and is entitled to realization, through national effort and international co-operation and in accordance with the organization and resources of each State, of the economic, social and cultural rights indispensable for his dignity and the free development of his personality."
Tapi taklah memadai dengan RM100 setahun di Selangor dan dipaksa belanja ...
Juga RM100 setahun di Pulau Pinang ...
Itu menghina maruah wargaemas.
Dalam Article 29 (2) dinyatakan "In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms of others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society."
Perlembagaan dan Undang-undang sudah jelas bahawa hak berhimpun ada kekangan tertentu untuk menjaga hak orang ramai untuk keamanan dan kesejahteraan awam (public order).
Article 30 hak asasi manusia berkata "Nothing in this Declaration may be interpreted as implying for any State, group or person any right to engage in any activity or to perform any act aimed at the destruction of any of the rights and freedoms set forth herein."
Bersih tuntut hak berdemo ratusan ribu orang dan samada dihalang atau diteruskan cara aman (kononnya), mesti dan pasti menyebabkan peniaga, teksi, industri dan orangr amai rugi dan disusahkan. Mereka pun ada hak.
Tiada hak asasi yang bebas sebebas bebasnya. Hak asasi individu perlu diimbang dengan hak awam dan undang-undang dan kepentingan negara.
+ comments + 1 comments
hahahaha...hanya nampak salah kerajaan...di ni dah buta kot...atau hati nya dah condong....takyah lah nak dok dlm duk\hakam tu....jika hati berbelit dgn taik...hehehhee
Post a Comment