Label 10

Home » » SIAPA SAJA TERMASUK AGONG ATAU PM TIDAK BOLEH ATASI UNDANG-UNDANG ??

SIAPA SAJA TERMASUK AGONG ATAU PM TIDAK BOLEH ATASI UNDANG-UNDANG ??

Written By AAKJ on Thursday, July 7, 2011 | 10:17 AM


Undang-undang bawah Seksyen 27 Akta Polis begitu jelas bahawa polis berkausa dalam semua hal melibatkan sebarang perhimpunan terbuka. Baca bahagian pertama akta tersebut berikut:


Kalau polis merasakan perhimpunan itu tidak selamat dan aman, maka mereka berhak menolak permohonan.

Bagi yang dapat permit, polis berhak batalkan permit berhimpun.

Itu kuasa polis yang jelas dan perlu diperakui dan dihormati oleh Agong, PM dan Bersih 2.0 dalam menjunjung rukunegara dan semangat perlembagaan.

Dengan jelas difahami undang-undang akan siapa berkuasa mengeluarkan lesen, kita perlu fahami siapa boleh dapat lesen untuk berhimpun. Itu ada dalam seksen 27 klausa 2(a) hingga klausa 2(d).

Baca berikut:

Permohonan hanya boleh dibuat oleh dau pihak sahaja; (1) organisasi, (2) tiga individu bersama. Tiga individu itu tidak boleh mewakili satu organisasi atau untuk sesuatu organisasi.

TIADA LESEN boleh diberi mengikut seksyen 27 kluasa 2D Akta Polis 1967 kepada organisasi haram.

Bersih ada mohon di bawah Akta Pertubuhan 1966 sebagai NGO, namun setelah kegiatan Bersih didapati membahayakan, Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan Bersih sebagai haram di bawah Sek 5 Akta Pertubuhan 1966 pada Jul 1hb, 2011 dan digazetkan di bawah nombor P.U.(A)224.


Bagaimana Bersih atau wakil Bersih dapat diberikan permit berhimpun di bawah Seksyen 27 klausa 2(a) dan 2(d) jika begitu jelas sebarang perhimpunan berkaitan dengan Bersih tidak langsung boleh diberi permit?

Kuasa memberi permit adalah terletak kepada polis dan perlu dijalankan mengikut peraturan dan undang2.

Bolehkah undang2 dan peraturan yang telah diluluskan Parlimen dan di consent oleh DYMM Seri Paduka Baginda dilanggar atas arahan Perdana Menteri dan Agong sendiri?

Walau apa sekali tuntutan Anwar dan dijanji serta dirundingkan, undang2 tidak boleh mengatasi apa sekali rundingan yang melibatkan Agong, PM dan Bersih 2.0.

Undang2 wajib diakur!

TQUNSPINNER
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger