Label 10

Home » » SERAHKAN VIDEO YG MENUNJUKKAN POLIS GANAS !! woOO !

SERAHKAN VIDEO YG MENUNJUKKAN POLIS GANAS !! woOO !

Written By AAKJ on Monday, July 18, 2011 | 6:00 PM


GENTING HIGHLANDS 18 Julai — Orang ramai diminta bekerjasama dengan polis bagi menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kerjasama itu perlu bagi membolehkan polis mendapat gambaran sebenar kejadian yang berlaku setelah banyak pihak mendakwa kekasaran polis semasa menangani perhimpunan itu.

"Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Banteras Kecurian Kenderaaan di Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis menubuhkan enam jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut. - Bernama
Share this article :

+ comments + 2 comments

July 18, 2011 at 6:08 PM

polis cakap ada bukti.
pasal apa pulak suruh orang serah video.
cakap nak siarkan video perhimpunan.
bila lagi..

July 22, 2011 at 1:50 PM

biar lambat asal selamat.
polis bukan terburu-buru macam korang...
kebenaran akan terbukti jua.
xpayah nak tunjuk cepat tapi semuanya auta belaka...huh

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger