Keldaian Daily melaporkan berikut mengenai mesyuarat Pakatan Rakyat berhubung Bersih 2.0 dan pilihanraya semalam di G Tower, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur:
Pakatan Rakyat Kerah 300,000 sertai BersihNamun demikian, banyak lagi isi perbincangan yang tidak didedahkan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat.
Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengerahkan 300,000 ahli dan penyokong ke perhimpunan Bersih pada hari Sabtu, 9 Julai ini di Stadium Merdeka.
“Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat menyokong keputusan Bersih bagi menuntut pilihan raya yang telus, bebas dan adil.
“Majlis akan mengerahkan 300,000 ahli dan penyokong ke perhimpunan Bersih pada hari Sabtu, 9 Julai ini di Stadium Merdeka,” katanya pada sidang media di G Tower, di Jalan Tun Razak, sebentar tadi.
Beliau turut menuntut kerajaan menghormati semangat pertemuan di antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dengan Yang di- Pertuan Agong.
“Kami kesal dengan sikap Menteri Dalam Negeri seolah-olah mereka tidak peduli pertemuan Bersih dengan Tuanku. Seolah-olah Yang Dipertuan Agong memanggil ‘kumpulan haram’ untuk berbincang.
“Polis perlu ambil kira semangat pertemuan ini. Jangan keruhkan keadaan untuk membuat tangkapan,” jelas Anwar.
Maklumat dari Mesyuarat Pakatan Riot pada petang semalam tersebut mendedahkan Dato Ambiga telah dipecat dan jawatan Pengerusi Penganjur BERSIH telah diambialih oleh Anwar.
Difahami Anwar berkeras mahukan perarakan ke Stadium Merdeka yang bermula dari beberapa lokasi di sekitar ibu kota seperti Sogo, Dataran DBKL, dan Kg Baru.
Dalam perkembangan berkaitan juga, difahami Anwar sedang memujuk beberapa duta serta diplomat negara asing di Malaysia untuk turut serta dalam perarakan tersebut. Buat setakat ini, kata sumber, kedutaan Australia, Italy, USA & Britain disahkan akan hadir pada perhimpunan Bersih 2.0.
Turut serta dalam mesyuarat itu tetapi tiada dalam gambar adalah Azmin Ali, Tian Chua, Nurul Izzah dan Dr Hatta Ramli.
Pada lebih kurang 5 petang, Mat Sabu dan Marina Chin Abdullah, Sekratariat Bersih 2.0 telah mengadakan perjumpaan high tea dengan kedutaan-kedutaan asing. Dipercayai ianya untuk menerangkan mengenai Bersih dan secara halusnya untuk mendapatkan sokongan dari negara-negara asing.
Antara yang hadhir ialah Austria, Korea Selatan, Arab Saudi, New Zealand, Finland, Spain, Argentina, Japan, dan Croatia. Kedutaan US, Britain, Italy dan Australia turut dijemput tetapi wakilnya tidak kelihatan. Ada antaranya Duta datang sendiri.
Nampaknya jelas melampaui pengetahuan Seri Paduka Baginda bahawa kumpulan Bersih 2.0 ini bukannya kumpulan NGO tetapi didalang parti politik pembangkang.
Bersih 2.0 masih tetap berdegil dengan pendirian serta niat mereka, khususnya Anwar yang jelas mahu meruntuhkan kerajaan dan negara dan seterusnya merampas kuasa melalui demonstrasi jalanan disamping cuba mendapatkan sokongan negara-negara asing.
TQUNSPINNER
Post a Comment