Label 10

Home » » PEMBUNUH YG KERAT DAN BAKAR GADIS MINTA NYAWA..tuiHHH SIAL LAA !!

PEMBUNUH YG KERAT DAN BAKAR GADIS MINTA NYAWA..tuiHHH SIAL LAA !!

Written By AAKJ on Monday, July 25, 2011 | 5:55 PM





“Saya terima panggilan daripada Ayu (Nurrahayu Qomarodin) meraung ketakutan dan ketika itu saya mendengar suara seorang lelaki menjerit, ‘Kenapa kau degil sangat, tak nak dengar cakap aku’ selain bunyi enjin motosikal dan salakan anjing,” kata rakan lelaki Nurrahayu yang mahu dikenali sebagai Adi semalam.
Katanya, pada mulanya beliau beranggapan Ayu dimarahi bapanya disebabkan pulang lewat malam dan membiarkannya tanpa menyangka Ayu sebenarnya merintih kerana sedang diserang penjenayah sebelum disahkan polis, mayatnya dikerat dan dibakar.

JOHOR BAHRU: “Tolong selamatkan saya,” kata seorang pengawal keselamatan kepada isterinya selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang remaja, Nurrahayu Qomarodin (Ayu), 16, di sebuah ladang kelapa sawit di Masai.
Tertuduh, D Kalaiselvan, 46, yang kelihatan sugul bersuara selepas keluar dari kamar mahkamah ketika dihampiri isterinya.

Kalaiselvan didakwa melakukan perbuatan itu di ladang kelapa sawit di Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong di sini, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi, 18 Jun lalu.
Tertuduh yang memakai baju kemeja biru muda serta berseluar pendek paras lutut berwarna gelap mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.
Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dan tidak diikat jamin.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger