Label 10

Home » » PELABUR ASING TAK TERJEJAS DGN HURU HARA 9 JULY..BABIGA GAGAL !!

PELABUR ASING TAK TERJEJAS DGN HURU HARA 9 JULY..BABIGA GAGAL !!

Written By AAKJ on Sunday, July 17, 2011 | 1:32 AM


KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelabur seberang laut tidak terjejas oleh perhimpunan Bersih minggu lepas dan mereka menyatakan akan terus melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan pilihan dan laluan strategik ke pasaran Asia Tenggara yang pesat berkembang.


"Kami berada di sini untuk menjalankan perniagaan dan Malaysia menawarkan persekitaran perniagaan yang baik dan itu sebabnya syarikat akan terus melabur di sini," kata naib presiden Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (AMCHAM), Datuk Timothy Tariq Garland kepada pemberita pada satu majlis di sini hari ini.

Beliau berkata, ahli perniagaan Amerika akan terus melabur di dalam negara kerana sokongan kerajaan yang telah mewujudkan persekitaran yang sihat untuk pelaburan asing langsung sejak 30 tahun lepas.
"Pelabur melihat kepada pelaburan jangka panjang dan mereka memilih Malaysia berbanding negara Asia Tenggara yang lain kerana Malaysia adalah lokasi pelaburan yang hebat," kata beliau.
Dari Januari hingga April tahun ini, pelaburan dari Amerika Syarikat ke Malaysia bernilai US$575 juta (US$1 = RM3).

 - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger