Label 10

Home » » NAJIB RAZAK D SAMBUT MERIAH D LONDON !! perghHH !! TAHNIAH PM

NAJIB RAZAK D SAMBUT MERIAH D LONDON !! perghHH !! TAHNIAH PM

Written By AAKJ on Friday, July 15, 2011 | 6:27 PM

Najib Tun Razak diiringi Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond (dua dari kanan) ketika melawat Stesen Kereta Api Antarabangsa St. Prancas di London, semalam. Turut sama, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan). - BERNAMA


Najib Tun Razak diiringi Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond (dua dari kanan) ketika melawat Stesen Kereta Api Antarabangsa St. Prancas di London, semalam. Turut sama, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan). - BERNAMA





LONDON 14 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, David Cameron di No. 10, Downing Street di sini, tanda bermulanya hubungan era baru yang lebih akrab antara kedua-dua negara yang mempunyai pertalian sejarah yang panjang.

Najib tiba di pekarangan Pejabat Luar Negara dan Komanwel dan disambut oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel, William Hague dan diberi penghormatan oleh perbarisan kehormatan yang lazimnya hanya diberikan kepada ketua negara.

Najib yang turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Hague kemudian ke No. 10 yang bersebelahan dan disambut oleh Cameron. Kedua-dua Perdana Menteri selepas itu mengadakan perbincangan dua hala.

Kerajaan pimpinan parti Buruh yang memerintah selama 13 tahun sebelum ini lebih mengutamakan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan ekonomi-ekonomi besar sahaja, sehinggalah kerajaan campuran pimpinan Cameron mengambil alih pentadbiran Mei tahun lepas mengubah dasar itu dengan melihat juga kepentingan ekonomi-ekonomi kecil.

Oleh itu jambatan baru yang dibina hari ini, ekoran lawatan rasmi Najib atas jemputan Cameron sendiri, diharap melonjakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan yang sebelum ini agak perlahan.

Kemajuan terbaru dalam hubungan dua hala dicatat di No. 10, Downing Street hari ini apabila kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

Ia ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Dalam Negeri UK,Theresa May.
MoU itu membolehkan kedua-dua negara memperluas kerjasama strategik memerangi aktiviti keganasan antarabangsa, pemerdagangan manusia, penyeludupan pendatang haram, penculikan, jenayah siber, pengedaran dadah dan bahan psikotripik serta pengubahan wang haram.

Semalam, enam MoU di antara pihak berkepentingan Malaysia dan UK telah dimeterai.
Sebelum ke Downing Street, Perdana Menteri dengan diiringi Datin Seri Rosmah Mansor menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Hari ini juga Najib mengambil peluang meninjau kemudahan Stesen Kereta Api Antarabangsa St. Prancas, stesen yang disambung dengan rangkaian kereta api laju bawah laut ke Perancis.

 - Utusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger