Label 10

Home » » LORD of THE RING : RAJA PETRA BELUM TAUBAT !!!

LORD of THE RING : RAJA PETRA BELUM TAUBAT !!!

Written By AAKJ on Thursday, July 14, 2011 | 9:25 AM

Raja Petra Kamaruddin telah pun mengakui dia telah memfitnah Dato Rosmah Mansor serta Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak melalui pengisytiharan berkanun (statutory declaration) yang menuduh Rosmah membunuh si Altantuya. Ini bukan kali pertama RPK telah membohong dan memfitnah orang.

Apabila anak RPK ditangkap atas tuduhan menyamun, RPK sendiri telah menghukum anaknya sebagai penjenayah kejam. Apa yang berlaku sebaliknya ialah anaknya Raja Azman telah dibebaskan oleh mahkamah atas semua tuduhan. Tetapi RPK telah memfitnah anaknya dengan mengatakan bahawa anaknya telah menjadi penjenayah ganas sejak berusia 14 tahun. Soalannya bagaimanakah seorang budak berumur 14 tahun boleh menjadi penjenayah ganas? Di manakah peranan ibu bapanya menjaga anak muda berusia 14 tahun?

Yang sebenarnya adalah berlainan sekali : RPK pernah menjadi pemabuk yang telah memukul dan mendera anaknya. Isterinya Marina Abdullah juga turut mabuk dan suka berfoya-foya di kelab malam.

Ini telah menyebabkan anak mereka Raja Azman menjadi anak liar yang tidak terkawal yang akhir sekali meningalkan pangkuan ibu dan halaman rumah sendiri pada usia 14 tahun. Inilah cerita benar keluarga haram ini. Tetapi RPK sanggup memfitnah anak sendiri untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam episode terkini RPK ulangi fitnah kononnya Rosmah Mansor telah membeli sebiji cincin berlian (diamond) yang berharga US$24 Juta (RM73 Juta).

Menurut penulisan RPK di laman Malaysia Today cincin itu telah dibeli di “New York-based fine jewellers, Jacob & Co.” Gambar cincin itu turut dimuatkan. Inilah gambar cincin berlian yang kononnya berharga RM73 juta itu.

Soalan pertama ialah bagaimanakah RPK boleh mendapat gambar cincin kepunyaan peribadi sesiapa pun? Gambar ini seolah di 'cut paste' daripada majalah atau gambar hiasan daripada Internet.

The diamond ring as described as “Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring” passed through the Kuala Lumpur International Airport customs and was cleared by a customs operations manager known as A Krishnan.

Screenshots of the alleged customs computer displays also revealed that the ring did not have import duties imposed on it. The same display also indicated the value of the ring to be US$24.4 million.

According to a Forbes website, the ring is a “VVS2 clarity diamond mounted on a platinum ring surrounded by 414 diamonds in a micro-pave setting (3.48 cts.)”
Cerita ini sungguh tidak masuk akal.
Adakah sesiapa pun akan begitu bodoh untuk menghantar cincin berlian bernilai RM73 Juta menerusi syarikat kurier DHL atau Federal Express ke lapangan terbang KLIA yang kemudiannya akan diimbas mesin X ray oleh ‘customs operations manager’ bernama A Krishnan?
Jabatan Kastam tidak mempunyai jawatan ‘customs operations manager’ pun. Yang ada hanya pegawai kastam dengan beberapa gred dan pangkat. Jadi dari mana datangnya ‘customs operations manager’ bernama A Krishnan ini? Apakah A Krishnan disengajakan untuk memenuhi kuota Hindraf?
Kemudian keterangan berkenaan cincin berlian itu juga palsu. Bagaimana kah sebuah cincin boleh diikat dengan 414 biji batu berlian? Gambar cincin itu tidak menunjukkan 414 biji berlian pun. Jika benar terdapat 414 berlian diikat pada cincin itu, maksudnya ‘pasir berlian’ atau 'diamond dust' digunakan untuk menghias cincin, dan bukannya batu berlian.
Sila perhatikan juga dalam gambar itu bahawa berlian besar ditengahnya sebenarnya cantuman empat biji batu berlian yang asing dan bukannya satu biji berlian sebesar 3.48 carat. Kita boleh melihat berlian besar ditengah itu terbelah dibahagi empat keping yang berasingan. Bukan sebiji batu berlian.
Daripada pencarian dalam Yahoo, yang berikut adalah cincin berlian yang paling mahal di dunia. Cuba kita membuat sedikit perbandingan dengan cincin berlian Raja Petra Kamaruddin :
1. Pink Diamond Price: US$10.8 million (RM 32.4 Juta)
"An amazing pink diamond ring that is studded with five carats of diamond is the world’s most expensive diamond ring. The ring was auctioned in Honk Kong for a record $10.8 million."
Cincin pink diamond ini beratnya 5 carat, lebih berat daripada cincin RPK 3.48 carat sahaja. Tapi cincin yang paling mahal di dunia ini harganya ialah RM32.4 Juta saja manakala cincin berlian RPK pula harganya lebih dua kali ganda ia itu RM73 juta. Cincin RPK lagi kecil tapi harganya dua kali lebih mahal. Jelas sekali RPK tidak pandai membohongi harga cincin berlian.


2. Vivid Blue, Price: US$7.9 million (RM23.7 Juta)
"Next in the most expensive list is the vivid blue diamond ring that was sold at the Sotheby’s auction. The ring weighs six carats and has a beautiful blue diamond. The diamonds are set on a platinum ring with emerald cut diamonds on both the sides of the blue diamond."
Cincin seberat enam carat ini pula bernilai RM23.7 juta. Cincin RPK pula hanya seberat 3.48 carat tapi berharga RM73 juta pula - tiga kali lebih mahal. Cincin yang termahal di dunia ini yang dijual di Sotheby’s jauh lebih murah daripada cincin tipu RPK.
Yang menarik lagi ialah cincin ‘termahal di dunia ini’ dijual di Sotheby’s, sebuah gedung jualan berlian yang terkemuka di dunia. Cincin seperti ini tidak akan dihantar melalui kurier DHL atau Federal Express untuk diimbas mesin X ray oleh ‘customs operations manager A Krishnan’ di lapangan terbang KLIA. Cincin mahal seperti ini akan dihantar melalui penerbangan khas (private jet) dan akan diiringi pengawal keselamatan syarikat insurans.


Di sini pula terdapat satu lagi cincin yang disenaraikan antara yang termahal di dunia. Cincin ini beratnya 46.51 carat tetapi berharga US$4.2 juta atau RM12.6 Juta. Walaupun berat berliannya 13 kali ganda cincin RPK, tapi harganya hanya RM12.6 juta (berbanding dengan harga RM73 juta untuk cincin tipu RPK)
"A pure white diamond ring that fetched $4.2 million at Christie’s Important Jewels sale in New York is next on the list. An oval cut diamond that weighs 46.51-carat is placed in a platinum ring and has VVS2 diamond mounted with E color clarity."
3. Oval cut 46.51 carat, Price: $4.2 million

Berikut ini ada beberapa lagi cincin berlian yang termasuk dalam kategori ‘most expensive diamond ring in the world’. Semuanya adalah jauh lebih besar tetapi harga nya pula jauh lebih murah daripada cincin RPK. Jelas sekali bahawa RPK tidak tahu membohong dan menipu.
Tidak ada siapa pun akan membayar RM73 Juta untuk sebuah cincin diamond seberat 3.48 karat saja apabila cincin ‘most expensive diamond ring in the world’ semuanya adalah jauh lebih besar batu berliannya dan jauh lebih murah harganya. Juga tidak ada siapa pun akan menghantar cincin berlian bernilai RM73 juta menerusi kurier DHL atau Federal Express yang akan melalui imbasan X ray ‘customs operations manager’ A Krishnan di KLIA. Sekali lagi semua ini adalah penipuan dan pembohongan Raja Petra Kamarudin.
4. Elizabeth Taylor ring, Price: US$ 1.3 million (RM3.9 sahaja), 5.98 carat
This platinum diamond ring is from the Elizabeth Taylor Jewelry House, Los Angeles and costs $ 1.3 million. The stunning oval diamond ring weighs 5.98 carats and is surrounded by 3.96 carats of round diamonds making a flower around it.
5. De Beers Platinum diamond ring Price : $1.83 million (RM5.5 juta), 9 carat.
The De Beers Platinum diamond ring perfectly dazzles in nine-carat diamond stone. This beautiful piece of jewelry costs $1.83 million.


6. Novo Yellow diamond ring Price: US$1.35 million (RM4.05 juta), 25.27 carat

"Although this ring is last on the list, this is surely one of the most attractive pieces of ring one can have. The yellow color of the ring is what makes it different from other regular rigs. This Novo Yellow diamond ring was sold by Tiffany’s for $1.35 million. The diamond weighs 25.27 karats and is set in a yellow gold platinum ring."


Share this article :

+ comments + 1 comments

January 15, 2021 at 8:20 PM

Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger