Yayasan Selangor kini telah hampir bangkrap akibat kerakusan Pengurus Besarnya mengangkut keluar wang sebanyak RM 67 juta untuk kepentingan dirinya dan PKR. Daripada wang yang ada sebanyak RM 67 juta, kini YS berhutang pula RM 7 juta.
YS sudah hampir bangkrap, bakal mengikut jejak YS pula adalah PKNS. Semakin hari wang PKNS semakin kempis. Jika tidak ada aral melintang, setahun dua lagi PKNS akan bangkrap.
Hari ini kami ingin mendedahkan satu perkara lagi. Apa yang ingin dedahkan ini pernah diperkatakan sebelum ini. Tetapi isu tersebut mati setengah jalan. Apabila isu mati dipertengahan jalan , yang untung Khalid Ibrahim dan kroni-kroninya.
Pada tahun 2010 PKNS telah melantik rakan Khalid Ibrahim, warganegara Lebanon yang bernama Dr Armeen sebagai Konsultan kepada PKNS untuk tempoh selama enam bulan. Bayaran yang dibayar kepada warganegara Lebanon itu sebanyak RM 935 ribu untuk tempoh berkenaan.
Modus operandi puak-puak PKR merompak adalah sama, baik di PKNS atau di YS. Sebarang perniagaan yang diberikan kepada kroni mereka dengan harga yang tinggi akan diberi bayaran pendahuluan terlebih dahulu sebelum projek/kerja bermula.
Dalam kes warganegara Lebanon yang dilantik sebagai perunding ini , beliau telah diberikan bayaran pendahuluan sebanyak RM 875,772.00 atau 93 % sebaik sahaja dilantik.
Selain dari bayaran pendahuluan ,banyak lagi peraturan-peraturan lain yang dicabuli oleh Khalid Ibrahim dan kroni-kroninya di PKNS semata-mata untuk melantik kawannya sebagai konsultan. Tetapi cara mereka ‘smart’. Walaupun mereka melanggar peraturan , tetapi cara mereka buat tidak menampakkan mereka melanggar peraturan. Bagaimanapun, apa sekali yang mereka lakukan atau cara apa yang mereka gunakan, yang salah tetap salah.
Peraturan apa yang mereka langgar dan bagaimana cara mereka lakukan untuk menghalalkan perbuatan mereka ?
Peraturan PKNS telah menetapkan bahawa PKNS tidak boleh melantik konsultan asing selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan pada tahun 2006 oleh perbendaharaan.
Sebarang kontrak yang melebihi amaun melebihi RM 500 ribu hendaklah dibawa ke j/kuasa tender.
Bagaimanapun dalam kes ini , perlantikan Dr Armeen sebagai konsultan tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat tender dan tidak pernah dimaklumkan dalam mesyuarat exco PKNS. Jika perkara itu dibawa ke j/kuasa tender maknanya belum tentu lagi kontrak tersebut dapat diberikan kawan Khalid Ibrahim.
Untuk membolehkan Khalid melantik rakannya dan memberikan wang sebanyak itu kepada rakannya tanpa perlu dilihat melanggar peraturan PKNS maka Khalid dan dua tiga orang bos-bos besar PKNS telah sepakat supaya Dr Armeen dilantik sebagai konsultan menerusi anak syarikat PKNS iaitu PKNS Holdings.
PKNS Holdings adalah sebuah syarikat yang tidak perlu terikat dengan sebarang peraturan atau syarat – syarat yang ditetapkan kerajaan, mereka bebas melakukan apa sahaja. Maka dilantiklah Dr Armeen sebagai konsultan dibawah PKNS Holdings dan dibayar RM 935 ribu , tetapi melakukan kerja untuk PKNS bagi projek di Bernam Jaya dan Science Park 2.
Jumlah yang dibayar oleh PKNS bukan RM 935 ribu sahaja, ada lagi angka lain. Yang RM 935 ribu hanya kepada Dr Armeen. Apabila mereka menggunakan khidmat PKNS Holdings untuk melantik Dr Armeen, ada pula caj yang dikenakan oleh PKNS Holdings sebagai komisyen kerana menggunakan syarikat mereka.
Kami di Selangor Daily tidak ada angka tepat berapakah jumlah yang dikenakan oleh PKNS Holdings sebagai komisyen kepada mereka. Tetapi kami difahamkan jumlah keseluruhan yang dibayar oleh PKNS kepada PKNS Holdings untuk tujuan itu melebihi RM 1.3 juta termasuk untuk bayaran kepada Dr Armeen.
Ada lagi yang lebih mengejutkan !
Untuk urusan perlantikan Dr Armeen sebagai konsultan , semua perjanjian disediakan oleh Dr Armeen sendiri. Perjanjian itu dibawa oleh Dr Armeen kepada PKNS hanya untuk ditandatangan kemudian terima wang pendahuluan 93 %. Apa yang mereka lakukan itu seolah-olah PKNS itu syarikat keluarga mereka.
Begitulah cara PKR dan kroni-kroni mereka merompak harta-harta Selangor. Cara yang mereka lakukan nampak tersusun dan kemas. Inilah yang dinamakan perompakan berhemah.
Cukup setakat ini untuk kali ini, kami akan meneruskan siri pendedahan kami untuk memastikan perompak-perompak di PKNS akan bersama-sama ke penjara Kajang bersama-sama Pengurus Besar YS, Ilham Marzuki.
Pesanan kepada Ilham Marzuki dan Othman Omar, bertenang seketika dan bayangkan bunyi pintu besi penjara dibuka serta ditutup dan bunyi penyelaknya.
Selangordaily
Post a Comment