Label 10

Home » » HANYA KERUSI SAMBUT PELANCARAN "SELANGOR KU"...HUHUHU

HANYA KERUSI SAMBUT PELANCARAN "SELANGOR KU"...HUHUHU

Written By AAKJ on Saturday, July 30, 2011 | 12:06 AM

Aku ada baca kenyataan Noh Omar tentang slogan baru SelangorKu menggantikan slogan Merakyatkan Ekonomi Selangor

Kata Noh Omar slogan tersebut adalah untuk menutup kegagalan kerajaan selangor untuk melaksanakan pembangunan untuk rakyat di negeri Selangor. Dalam erti kata lain, ianya hanya sekadar kosmetik untuk mengaburi mata rakyat Selangor. Selepas mereka gagal untuk melaksanakan janji kepada rakyat dari segi pendidikan,sosial ataupun ekonomi mereka memperkenalkan slogan dan program baru dengan nama Selangor Ku. Klik Sini

Ahad lepas kerajaan Selangor melancarkan slogan baru SelangorKu yang bermaksud "Ku" adalah hak peribadi individu. Memang kena dengan slogan atas apa yang kerajaan Selangor dah buat. Hasil bumi jadi mereka punya, duit rakyat jadi mereka punya. Akhirnya rakyat Selangor dibodohkan dengan slogan baru untuk meredakan kemarahan atas ketamakkan firaun-firaun kecil kerajaan Selangor.

Percubaan memperbodohkan rakyat akhirnya dihukum rakyat Selangor. Majlis pelancaran slogan baru mereka gagal 100 peratus. Mereka yang hadir hanyalah dari kalangan mereka sendiri sahaja. Lokasi pelancaran di Stadium Melawati yang berkapasiti untuk menampung ribuan orang. Malangnya kedatangan memalukan. Lebih baik pelancaran dibuat di dewan orang ramai. Itu lebih afdal untuk mengelakkan pembaziran elektrik dan sebagainya.



Sampahkan mereka apabila tiba masanya nanti.

 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger