Polis Hantar Hadi Pulang Selepas Tahanan
1- Sebaik sahaja Hadi Awang dibebaskan selepas di tahan, beliau telah naik berang dan mengeluarkan amaran kepada kerajaan bahawa Bersih 2.0 hanyalah permulaan dan perancangan yang lebih besar dan ganas akan di adakan selepas ini. Kata Hadi;
"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan,"
2- ‘Bantahan dan kebangkitan lebih besar’, jelas merupakan satu ugutan huru-hara yang teruk daripada Bersih 2.0 pada 9 July lepas, akan berlaku lagi.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
...................................................
Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.
Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.
Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.
Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.
Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.
Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas
Sumber lidah rasmi Pas.
+ comments + 4 comments
Manusia Riak
Sapa bagi dia jawatan Tuan Guru?
Tuan Guru Setan !!!!!
Dah la ketua Parti Islam konon. P
erangai macam binatang. Bukan kata orang lain. Apa yang dia buat itu adalah contoh tak baik untuk anak anak dia sekalipun!
Macam orang hidup melarat cuba melepasi kawalan Polis. Padahal monyet ni dah lama dalam PAS dan pernah jadi MB mengong pun. Takkan la sikit pun pasal undang undang dia tak tau.
Buat apa Polis salam monyet tu. Paling kurang pun dia menyusahkan polis yang sambut tangan dia tu. Merisaukan keluarga Polis Polis yang bertugas.
Hei whiteorenge, mu berasa cukup sempurna kan? Hei Hahn mu tahu ko asal mu?
Saya memohon supaya kita semua jangan menggunakan bahasa yang kasar dan biadab seolah kita tidak ini bukannya saudara seagama dan sebangsa.Biarpun kita boleh berbeza pandangan tapi bukannya kita perlu bermusuh.
Biarlah orang yang jahil sahaja berperangai seperti jahil dan orang yang syaitan berperangai syaitan.Jika kita memaki hamun orang kita juga akan berdosa dan setiap dosa itu balasannya Neraka jika kita sempat bertaubat.Dosa dengan Allah kita boleh memohon ampun secara terus dengannya tetapi bagaimana dosa kita dengan manusia.Jika mereka itu tidak mahu mengampunkan dosa2 yang kita lakukan terhadap mereka seperti memaki hamun, menfitnah dan sebagainya lagi apakah kita sanggup untuk tinggal di dalam neraka?
Saya percaya ahli-ahli forumer UMNO di sini adalah orang2 yang baik cuma ada segelintir sahaja yang mudah naik angin.Bersabar..
Post a Comment