Oslo Norway, seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, 23/7/2011.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.
Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat. Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama. Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya semalaman.
NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru. Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas. sumber asal: AP
Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP |
Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS |
Post a Comment