Petikan dari dari tulisan Beranikan Hati baru-baru yang menarik perhatian disiar seperti berikut:
... terdengar desus-desas bahawa ada seorang blogger 'besar' dengan bantuan seorang Dato' telah mengadakan pertemuan dengan Anu arr bagi satu urusan perniagaan.Siapa agaknya?
Semua orang tahu Anu arr tidak akan memberi tanpa menerima apa-apa sebagai balasan, justeru bagaimana kita boleh menaruh kepercayaan kepada mereka yang mengaku bahawa mereka pemimpin dan orang kuat UMNO Pahang apabila telah menjalin hubungan dengan 'binatang' politik itu?
Apa perkataan yang paling sesuai untuk ditujukan kepadanya selain dari 'pembelot' dan 'pengkhianat' bangsa dan parti dimana suatu ketika dulu dia bernaung dan memberinya kehidupan. Inilah satu contoh bahawa pemimpin dalam parti juga tidak akan ada kesetiaan, yang ada melainkan kepentingan diri mereka semata-mata.
Tidak hairanlah jika tulisan dari fikirannya mengambarkan pertentangan pendapat dan ideologinya dengan pucuk pimpinan kita. Tulisannya juga banyak bertentangan dengan apa yang PM dan UMNO ingin realisasikan selama ini.
Tidak menghairankan jika ungkapannya sekadar ingin menarik perhatian pucuk pimpinan bagi memberinya peluang (sekali lagi).
Namun jika sudah ada hubungan terus antaranya dengan Anu arr, maka nampaknya jalan kembali seakan sudah ditutupnya ...
Kalau ikut rasmi Beranikan Hati, dia suka cerita pasal hal ehwal dalam Pahang. Blogger tersebut dari Pahang ke?
Post a Comment