Najib Tun Razak melihat kek yang digunakan sebagai simbolik perasmian Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien, Klang, Selangor, semalam. – Utusan/Mohd Shaharani Saibi
KLANG 6 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pinjaman sejumlah RM30 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit yang akan diuruskan oleh Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia untuk golongan wanita memperluas atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Perdana Menteri berkata, ini adalah kali pertama kerajaan memperkenalkan skim berkenaan dengan menggunakan model yang unik iaitu menampilkan kerjasama kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan komuniti.
Kata beliau, yayasan tersebut akan mengendalikan skim berkenaan bagi mengagihkan kepada lebih 4,500 pemohon yang layak selain bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran balik mengikut tempoh ditetapkan
‘‘Cara ini lebih menjimatkan apabila kerajaan tidak perlu mengeluarkan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan agensi lain, menambah pegawai dan membuat pejabat dan sebagainya.
‘‘Setakat ini, kerajaan perlu melihat terlebih dahulu sama ada akan turut menyalurkan dana bagi skim yang sama kepada NGO lain kerana pada masa ini sudah wujud agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Usahawan Niaga (Tekun),” katanya pada sidang akhbar di Dewan Persatuan Hokkien di sini, hari ini.
+ comments + 1 comments
berbulu aku tgok najib dgn bangsa cina ni......najib ni masih pekak dan buta ker yg org cina nak mempergunakan dia utk kepentingan kaum depa jea...
dahlah ari tu biasiswa JPA nak di kaji semula gara2 org cina komplen...skrg ni nak bagi bantuan pulak.....cukup2lah najib woooii.....hang jgn jadi bangang la...
hang tgok la PRU13 nnti...xde sekor pun org cina nak sokong BN.....tergolek la BN nanti....jgn nanti org melayu pun xkan undi BN.....
Sudah2lah la najib woooii...
Post a Comment