Kerana satu kenyataan Profesor Dr. Chandra Muzaffar keluar dalam The Star, bertajuk “Disaster if Anwar is PM” (Mala Petaka Besar, Jika Anwar Jadi PM), maka Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk menyamannya dan menuntut bayaran sebanyak 10 juta.
Anwar melalui peguamcaranya Tetuan S N Nair & Partners di dalam surat bertarikh 4 Mac 2008 menuntut supaya Dr Chandra menarik balik kata-katanya yang pernah diucapkan dalam satu forum Malaysia Decides 2008 yang dianjurkan oleh Star Publication Berhad, di Menara Star, Petaling Jaya pada 3 Mac 2008.
Namun, Dr Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional menerusi surat jawapannya bertarikh 5 Mac 2008, enggan menarik kata-katanya itu, kerana beliau mempunyai alasan tersendiri mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Satu perkara menarik dalam kes saman ini, adalah Anwar mendedahkan siapakah dirinya yang sebenarnya dalam satu frasa writ samannya yang berbunyi, “Plaintif (Anwar) pada masa yang material merupakan penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Plaintif juga merupakan antara lain, ‘Visiting Diplomat’ di Council of Foreign Relations (CFR), New York”
Dr Chandra, yang juga Presiden JUST (The International Movement for a Just World) dihubungi AIDC pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya, untuk bertanyakan lebih lanjut tentang perkembangan kes samannya itu serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Sepenuh di AIDC sini
Post a Comment