Mula-mula sekali, ini komen Najib:
Najib: Polis guna tindakan ‘ringan’ surai perhimpunan BersihTak kira perlembagaan, undang-undang dan UN Human Rights Charter, kesemua ada justifikasi dari segi keselamatan dan kesejahteraan awam.
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.
“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini.
“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” katanya.
Sepenuhnya di Malaysian Insiders sini
Memang berbanding dengan apa yang dilakukan oleh riot police luar negara, ianya lebih kurang sama. Begitulah standard operating procedure rioit police negara barat atau timur, maju atau kurang maju. Riot police ditugas meleraikan dan mengawal keadaan dari jadi ganas.
Adakah wajar tindakan kasar polis terhadap Bersih?
Pertama, mereka yang hadhir adalah mereka yang melanggar amaran yang telah dibuat polis dan pihak kerajaan.
Kedua, mereka telah dipujuk, di tawarkan stadium yang lebih terkawal, dibenar mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dan diberi tawaran kedua stadium walaupun organisasi haram, tapi tetap berdegil dan engkar.
Ketiga, mereka persenda Perlembagaan dan undang-undang, persoal kuasa polis dan halang arahan pihak berkuasa kerajaan.
Keempat, elemen subversif dalam Bersih. Elemen mencabar keselamatan. Kemungkinan ada senjata.
Kelima, niat mereka pada awalnya untuk ke Istana atau Stadium Merdeka tetapi ada pula kumpulan yang bergerak dari KTM ke Dataran Merdeka atau Sogo untuk bertembung dengan polis.
Ini kerja bodoh Sam Ketot, Jonah dan CheguBard Simpson
Keenam, ada beberapa kes polis yang dipukul cedera oleh demonstran
Ketujuh, ada insiden demontrans memprovokasi polis seperti dalam video berikut:
Kelapan, adakah tuduhan terhadap polis wajar atau hanya "lakunan" sahaja?
Buat peringatan ...
Post a Comment