Home »
» 17SX !! ANWAR KANTOI JUBO SENDIRI !!
17SX !! ANWAR KANTOI JUBO SENDIRI !!
Written By AAKJ on Wednesday, July 13, 2011 | 9:59 AM
Pada 9 Julai, Anwar terkulai layu di atas katil hospital setelah tumbang 'terkena bedilan' gas pemedih mata. Ada orang kata dia hampir nazak. Bacaan yasin juga kedengaran. 10 Julai 'hampir' diumumkan sebagai cuti peristiwa (memang cuti pun sebab hari ahad).
Pada 11 Julai, Anwar dilihat menaiki pesawat Air Asia dengan memakai pendakap leher. Diberitakan beliau dalam perjalanan menuju ke Langkawi untuk beri satu ceramah anjuran kerajaan Kedah. Ada orang kata, pendakap leher dan Anwar bagai aur dengan tebing, isi dan kuku, memang tak dapat dipisahkan. Satu cara terbaik untuk raih simpati rakyat.
Pada malamnya, Anwar dilihat berada di Tapak Ekspo Seberang Jaya. beliau juga hadir untuk menyampaikan ceramah. Anwar tiba dengan memakai pengikat leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama. Muka pun buat-buat sedih. Lagi propaganda untuk raih simpati.
Kita lihat Anwar Ibrahim boleh bergerak ke sana ke mari. Dia berupaya untuk pergi berceramah ke seluruh pelusuk tanah air.
Maka kami nak ingatkan Anwar pada tarikh 13 Julai. Jangan lupa hadir ke mahkamah. Kes liwat akan disebut semula esok. Tak payah la nak beri seribu alasan atau nak berdalih-dalih lagi. Saiful Bukhari akan tunggu kamu di mahkamah.
Nasionalis 1982
Post a Comment