Sebuah syarikat di China melancarkan robot seks terbaru. Kelebihannya, robot cantik ini dituntut dapat berkomunikasi dan mengenali pemiliknya.
Love Sex yang mencipta robot itu.Dengan postur ideal setinggi 165,1 sentimeter, pihak pengeluar melaksanakan kulit sintetik lembut dan otot daripada silikon gel yang terangkai dengan rangka logam berteknologi moden.
Pengurus Love Sex, Li Jian, mengatakan, robot seharga £ 3,000 atau sekitar itu menyasar lelaki eksekutif bergaji tinggi yang terlampau sibuk untuk memiliki pasangan nyata.
Ketika memutuskan untuk membeli, pelanggan boleh memilih wajah dan bentuk badan robot pujaan.Robot pilihan kemudian akan diprogram untuk mengenali wajah pemiliknya. Sekaligus diprogramkan menentukan pilihan bahasa untuk bercakap-cakap dengan pemiliknya.
Li Jian berkata, robot itu dilengkapi dengan remote control untuk mengendalikan pergerakan dari jarak jauh. Dengan menekan salah satu butang remote, robot itu juga boleh menukar kedudukannya, bahkan menggetarkan salah satu bahagian tubuhnya.
Robot seks ini menawarkan alternatif bagi penggemar boneka seks. Pereka boneka seks ini mendakwa, robot seks lebih realistik berbanding boneka seks yang sudah banyak beredar.
Robot seks pertama mulai dijual bebas di Amerika pada awal tahun 2010.TrueCompanion,pembuat produk yang mereka namai ‘Roxxxy’ sebagai robot seks pertama di dunia. Boneka robot ini direka khusus sebagai teman sebilik.
Robot dilengkapi dengan program inteligensia buatan untuk mempelajari hal-hal yang disukai maupun yang tidak disukai pengguna.
“Dia akan mampu bercakap, mendengar, mengikuti perbualan, dan merasakan sentuhan sekaligus menjadi teman sejati anda,” demikian menurut keterangan TrueCompanion dalam laman mereka. “Dia boleh mengalami orgasme apabila anda menyentuhnya.”
Post a Comment