Label 10

Home » » VIDEO ANWAR DAN AMBIGA ?? woOO

VIDEO ANWAR DAN AMBIGA ?? woOO

Written By AAKJ on Monday, June 20, 2011 | 1:33 PM




Hari ini Sheikh Anu Besar mengeluarkan kenyataan bahawa BERSIH 2.0 akan dibatalkan sekiranya Najib sanggup berjanji untuk memastikan pilihanraya akan datang akan dibuat secara adil. Ini satu perangkap kepada Najib daripada Al Juburi.Kita sedia maklum pilihanraya di Malaysia adalah adil dan mengikuti proses demokrasi yang sebenar. Kenapa aku cakap macam tuh. Ini yang perlu kita fikirkan.
  • Kalau SPR tidak adil bolehkan Selangor jatuh kepada pembangkang walhal Selangor adalah negeri termaju di Malaysia. Mana mungkin kerajaan BN mahu lepaskan Selangor.
  • Kalau pilihanraya Malaysia tidak adil, bolehkah Al Juburi menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.
  • Sekiranya SPR tidak adil mana mungkin Kelantan boleh diperintah oleh PAS selama 20 tahun.
  • Sekiranya SPR tidak adil macamana pembangkang boleh menang di Bukit Gantang, Manik Urai dan kawasan-kawasan lain. Kita sedia maklum kemenangan di setiap PRK boleh menyebabkan pertambahan sokongan daripada semua pihak.
  • Sekiranya SPR tidak adil bagaimana Pulau Pinang boleh dirampas oleh DAP yang dikenali sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan satu bangsa sahaja.
  • Sekiranya SPR tidak adil, Nurul Izzah, Azmin Ali, Khalid Samad, Khalid Ibrahim dan lain-lain tidak akan merasa duduk di atas kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sampai kiamat.
  • Sekiranya SPR tidak adil bolehkan calon PAS di Dun Kijang Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding ketika PRU lepas.
  • Sekiranya SPR tidak adil bagaimana PKR dan DAP boleh menggantung bendera mereka ketika PRK yang ditandingi oleh PAS walhal mereka bukanlah dalam satu gabungan yang diiktiraf seperti BN.
  • Sekiranya SPR tidak adil bagaimana wakil-wakil calon dibenarkan berada di bilik mengira undi ketika proses pengiraan undi berlaku.
  • Soalan paling senang untuk kita fikirkan, sekiranya SPR tidak adil, mana mungkin pembangkang boleh mendapat kerusi yang banyak pada PRU 12 berbanding dengan PRU yang lepas-lepas.
Ini semua retorik politik bodoh Al Juburi yang mahu menunjukkan kuasanya bahawa beliau boleh mengawal semua keadaan. Pada aku Najib tidak perlu melayan permintaan Al Juburi ini kerana sememangnya SPR telah berlaku adil selama ini.

Sekiranya Najib melayan dan berjanji akan memastikan pilihanraya akan datang akan dijalankan secara adil maka itu adalah bom besar untuk pembangkang mengatakan bahawa memang sah pilihanraya-pilihanraya lepas SPR tidak berlaku adil. Disebabkan takut dengan kebangkitan rakyat maka PM Najib terpaksa menurut kata Ketua Pembangkang.

Tetapi satu persoalan dari aku sendiri- Siapa Anwar Ibrahim untuk Najib Razak layan? Hebat sangatkah seorang kaki liwat untuk Perdana Menteri melayan kerenah bodoh manusia munafik seperti ini.
Share this article :

+ comments + 2 comments

June 26, 2011 at 4:43 PM

macam mana selangor jatuh ke tangan pembangkang kerana terlalu ramai sgt rkyt sosong hingga jika SPR buat juga umno menang nanti nampak sgt penipuannya....org boleh kira la jumlah keluar mengundi berapa jumlah undi rosak berapa tipu banyak sgt nanti nampak sgt penipuannya....apalah ko nie tu pun tak pandai tapi......

alah bukan susah apa yang dituntut olah bersi...
minta SPR bersihkan senarai pemilih
gunakan dakwat dan byk lagi yang mudah sgt jika hendak di tunaikan...tapi...
kenapa takut sangat yek nak buat semua tu? JENG:::JENG>>jeng

Anonymous
June 28, 2011 at 4:00 AM

human albumin, kau cakap apa ???

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger