Label 10

Home » » UDA HOLDINGS : JAGA KEPENTINGAN MELAYU BUKAN KEPENTINGAN INDIVIDU !!

UDA HOLDINGS : JAGA KEPENTINGAN MELAYU BUKAN KEPENTINGAN INDIVIDU !!

Written By AAKJ on Wednesday, June 8, 2011 | 6:00 PM


UDA Holdings Bhd. (UDA) yang sedang menerima ‘serangan’ bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, pada Rabu lepas digemparkan pula dengan perletakan jawatan Pengarah Urusannya, Datuk Jaafar Abu Hassan selepas enam tahun menerajui agensi itu. Jaafar dipercayai telah menghantar surat perletakan jawatannya Isnin lalu, sehari sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah pada Selasa yang lepas.
Beliau dipercayai berbuat demikian atas pilihan sendiri dan sebab-sebab dalaman serta perletakan jawatan beliau sudah diterima oleh Lembaga Pengarah. Malah, perletakan jawatan beliau juga disahkan bukan kerana mendapat tawaran daripada mana-mana organisasi.

Namun begitu, berlainan seperti apa yang dinayatakan dalam beberapa blog politik Pro Kerajaan. Perletakan jawatan Datuk Jaafar yang disertakan sekali beberapa tuntutan dikira seolah-olah ugutan untuk melarikan diri daripada penyelewengan yang dilakukan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan. 
Setakat hari ini, Datuk Jaafar tidak melakukan sebarang kenyataan secara rasmi mengenai kenyataan balas yang dilakukan pihak UDA Holdings Bhd. mengenai hal tersebut.

 
TQKLPOS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger