Label 10

Home » » UDA HOLDINGS AKAN TERUS BANTU MELAYU...NUR JAZLAN !!

UDA HOLDINGS AKAN TERUS BANTU MELAYU...NUR JAZLAN !!

Written By AAKJ on Saturday, June 11, 2011 | 11:05 AM




Kos Agenda Bumputera Tidak Mampu Bertahan Dalam Jangka Panjang dan Kerajaan Harus Menyedari Hakikat Ini.

 
KUALA LUMPUR: Sejak seminggu lalu, Pengerusi UDA Holdings Bhd, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah dikritik hebat oleh kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa dan ahli UMNO sendiri berikutan isu penjualan sebidang tanah di sepanjang Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan perlantikan pemaju bukan bumiputera dalam projek pembangunan semula Penjara Pudu atau dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC).

 
Beliau telah dituduh mengkhianati agenda bumiputera. Beliau bagaimanapun mempertahankan keputusan syarikat dengan alasan tindakan tersebut sebagai jalan untuk membendung kemerosotan simpanan tunainya yang kini berjumlah RM90 juta.
UDA menjual tanah yang berukuran seluas 1.4 hektar itu dengan harga RM215.5 juta atau RM1,414 per kaki persegi.

 
Nur Jazlan berkata, penjualan tanah tersebut membolehkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang dibebani aliran tunai yang rendah dan hutang berjumlah RM900 juta itu membiayai projek-projek pembangunan lain di Lembah Klang.
Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah memastikan UDA dapat terus bertahan.

 
“Saya perlu pastikan UDA terus hidup terlebih dahulu. Agenda bumiputera UDA yang utama ialah mendapatkan keuntungan. Selepas itu barulah kami boleh memikirkan apa yang boleh dilakukan dengan kemampuan yang ada,” kata ahli parlimen lantang itu dalam satu temuramah eksklusif di The Edge Financial Daily pada hari Jumaat lalu.

 
Beliau berkata, kos untuk mempertahankan agenda bumiputera semakin tidak mapan dalam jangka masa panjang dan kerajaan perlu menyedari hakikat ini, sambil menambah bahawa kerajaan perlu mencari formula baru untuk mentakrif agenda tersebut sesuai dengan keadaan semasa.
“Sekiranya kerajaan tidak menguruskan kos agenda bumiputera dengan baik dan menjelaskan realiti yang berlaku kini kepada orang ramai, isu ini akan kembali menghantui kita suatu hari nanti.”

 
“Kita mesti menerangkan perkara yang sebenarnya. Jika kita lihat agenda bumiputera yang diperjuangkan dan kos yang terlibat dalam pelaksanaannya, UDA merupakan contoh yang terbaik. Dari tahun 1971 hingga 1996 UDA adalah sebuah syarikat besar yang hebat. Pada tahun 1996, ianya disenaraikan di Bursa Malaysia dan merudum selepas itu,” beliau menambah.

 
Beliau menambah, pada tahun-tahun keemasannya, UDA telah diberikan geran tahunan bernilai jutaan ringgit dan tujuan utama penubuhannya ialah untuk memaju dan membina (develop and build). Ianya bukanlah didorong untuk membuat keuntungan. Projek-projek yang telah disiapkan kemudiannya diserahkan kepada golongan bumiputera. Walau bagaimanapun, aset-aset berkenaan tidak lama kemudian terbengkalai kerana tidak dijaga dengan baik.

 
“Inilah masalahnya pelaksanaan polisi bumiputera. Berapakah kos yang ditanggung? Siapa yang membiayainya? Sekiranya kerajaan yang menanggungnya, tidak mengapa. Sekiranya pelaksanaannya memuaskan, itu cukup bagus. Dalam kes UDA, bila kita dikeluarkan daripada struktur perbadanan, kita bernasib baik dapat bertahan lebih 10 tahun”.

 
“Kita mesti mempunyai format atau formula untuk menangani kos agenda bumiputera ini. Saya tidak fikir kerajaan akan terus-menerus mengeluarkan dana untuk membiayainya. Beginilah yang terjadi kepada UDA setelah kerajaan berhenti memberi dana kepadanya,” kata Nur Jazlan, sambil menambah kerajaan mestilah bersikap jujur sekiranya ianya tidak mampu lagi memberi dana seperti yang dilakukan selama ini.

 
Beliau berkata, masyarakat perlu berhenti membuat tuntutan sebaliknya menawarkan jalan penyelesaian.
“Masalah ini perlu diselesaikan sekarang sebab kita tidak mahu generasi akan datang menanggung beban hutang,” tambahnya.

 
Bila ditanya apa yang dimaksudkannya dengan mengubah suai agenda bumiputera, Nur Jazlan berkata. “Hari ini, kita dapati sumbangan Petronas semakin berkurangan dan kutipan cukainya juga sudah merosot. Jadi, dari mana datangnya sumber pendapatan kerajaan yang lain? Kerajaan perlu mendapatkan pelaburan luar (FDI). Tetapi, kita terpaksa bersaing bermati-matian mendapatkannya dengan negara-negara lain dari seluruh dunia.”

 
“Dalam masa yang sama, kita terpaksa juga menghadapi golongan yang menggelarkan diri sebagai pejuang melayu ini yang mengugut pemimpin-pemimpin tertinggi dengan sering melaung-laungkan dan mempersoalkan di mana perginya agenda melayu. Adakah anda fikir perkara-perkara seperti ini disenangi oleh para pelabur luar?,” tanya beliau.

 
Beliau berkata, model agenda bumiputera yang dipraktikkan kini menyukarkan UDA untuk bertahan kerana UDA hanya memperoleh RM30 juta hingga RM40 juta keuntungan tahunan yang mengakibatkan baki untuknya membeli tanah-tanah baru bagi memajukan projek untuk bumiputera semakin berkurangan.

 
UDA juga katanya, menghadapi tentangan dari penyewa-penyewa dalam menaikkan kadar sewa tapak-tapak kedainya.
BB Plaza di Jalan Bukit Bintang tidak pernah diubahsuai atau dibaikpulih sejak 1992 biarpun jiran-jiran bersebelahan dengannya telah berubah berulang-ulang kali.

 
“Kitaran malangnya ialah bila sesebuah pusat beli-belah itu kelihatan tidak menarik, tiada sesiapa yang mahu menyewa kedai di dalamnya, justeru kini kita sebenarnya menyewakannnya dengan kadar yang lebih rendah. Secara tidak langsung, perkara ini berhubung kait di antara satu sama lain.”

 
“Semua pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang telah menjalani proses penambahbaikan. Farenheit telah diubahsuai dua kali. Pavilion telah siap dibina. Persaingan begitu sukar sekali.”
“Kos agenda bumiputera kini semakin tidak berdaya maju disebabkan persaingan ini. Kenapa kita tidak mengubahsuai BB Plaza? Ini adalah kerana kita tidak mempunyai himpunan modal baru untuk dibelanjakan.”

 
“Ianya merupakan contoh terbaik kos agenda bumiputera. Masa depan jangka panjang UDA berada dalam bahaya,” ujar Nur Jazlan, sambil menambah bahawa rasa takut telah menghalang masyarakat memperkatakan mengenai isu tersebut.
“Jika anda tidak mampu menyewa ruang kedai anda mengaku sajalah. Kemudian, apa yang anda lakukan seterusnya? Anda tukar cara berniaga. Bagaimana? Anda berniaga di tepi-tepi jalan dan letakkannya di situ. Tukar lokasi dan letakkan produk di tempat lain yang lebih murah sambil biarkan orang lain ambil kedai anda.”

 
“Dan sudah tentu selepas itu orang akan berkata, ‘Nah, inilah agenda bumiputera, suruh orang Melayu berniaga di tepi jalan’. Tapi orang Melayu memang suka berniaga di tepi jalan. Itulah kebenarannya. Mereka lebih suka berniaga di gerai-gerai kerana pulangan lebih lumayan. Itulah hakikatnya,” kata beliau.

 
Beliau berkata, UDA akan kehilangan RM1 juta setahun daripada pengubahsuaian Hentian Puduraya.
“UDA membelanjakan RM63 juta untuk menambahbaik dan mengubahsuainya tetapi tidak mungkin akan dapat memperoleh keuntungan daripadanya. Kami mahu menaikkan kadar sewa dan caj perkhidmatan untuk membayar sebahagian kos tetapi mendapat tentangan dari penyewa yang mahukan kadar lama dikekalkan. Tanpa kenaikan kadar sewa, kami jangka kerugian akan mencecah RM1 juta setahun,” ujar Nur Jazlan.

 
“Sekiranya kos tersebut menjejaskan syarikat, anda harus berfikir bagaimana untuk mempertahankan polisi bumiputera dengan keadaan sekarang. Tiada siapa sanggup membincangkan perkara sebenarnya, tetapi kebenaran perlu diberitahu sekarang kerana masa semakin suntuk.”

 
“Saya perlu memastikan UDA dapat terus bertahan dahulu. Keutamaan kepada agenda bumiputera UDA ialah memperoleh keuntungan, dan kemudian barulah boleh memikirkan bagaimana membelanjakannya mengikut kemampuan,” kata ahli politik itu.
Dipetik daripada ‘The Edge Financial Daily’, muka surat 4, 6 Jun 2011 (Isnin)


Gomo menyambut baik apa yang di katakan oleh Pengerusi UDA Holdings Berhad dalam isu Dana yang perlu di tampung bagi mengerakkan agenda membantu Bumiputera yang ada di Malaysia ini.

Dalam banyak pekara yang Datuk Nur Jazlan jelaskan di sini Gomo sebenarnya amat tertarik dengan apa yang di katakan mengenai BB Plaza yang lokasi nya terletak di tengah tengah Bukit Bintang yang juga bersebelahan dengan Sg Wang.

Selalu juga ke sekitar Bukit Bintang dan sering juga singgah di BB Plaza dan memang di akui hakikatnya BB Plaza masih dalam keadaan lama dan tidak ada pembahruan yang di lakukan. Memang tidak menarik dan amat menjengkelkan bagi pengunjung jika nak di bandingkan dengan Sg Wang yang terletak bersebelahan.

Harap sangat lah jika UDA Holdings dapat membuat beberapa pengubahsuaian dan menjadikan BB Plaza menarik dan Gomo juga minta agar UDA Holdings menjadikan BB Plza 100% Peniaga Bumiputera dengan meletakkan kadar sewa yang berpatutan.

Usahalah bagaimana cara sekalipun dalam memajukan BB Plaza ini kerana BB Plaza merupakan Lokasi Strategik Bumiputera dalam Bukit Bintang yang menunjukkan Peniaga Melayu Mampu bersaing dengan peniaga Cina.

Ini Permintaan Gomo selaku peniaga yang dah bertahun tahun meniaga sejak pasar malam sampai lah menjadi pembekal Pakaian. BB Plaza perlu di ubah menjadi Plaza yang mana akan menjadi persaingan kepada peniaga Cina di Sg Wang.

Sg Wang yang kadar sewanya RM10 Ribu hingga RM25 Ribu sebulan dan jika UDA dapat melakukan ubahsuai yang baru dan menarik serta meletakkan kadar sewa rendah di BB Plaza sudah pasti peniaga Melayu akan dapat memberikan harga yang lebih rendah dari Peniaga Sg Wang.

Di Akui masaalah keewangan UDA Meruncing namun dalam hal ini sudah pasti ada Kontraktor Bumiputera yang bermurah hati dengan menawarkan Tender dengan harga yang rendah dalam membantu BB Plaza membantu peniaga Bumiputera.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger