PEMBANGUNAN TAPAK PENJARA PUDU (Bukit Bintang City Centre)
Latar Belakang
·UDA Holdings Bhd adalah pemilik tanah yang terletak di kawasan utama perniagaan dan pelancongan, bercadang untuk membangunkan tanah seluas 19.4 hektar menjadi pusat komersil bercampur bertaraf antarabangsa.
·Perbelanjaan Kasar Pembangunan (GDC) untuk projek ini dianggarkan bernilai sekitar RM3.5b hingga RM4b, dengan anggaran tempoh pembangunan selama 5 hingga 6 tahun. Oleh kerana itu adalah penting bagi UDA untuk berkerjasama dengan pemaju atau pelabur lain yang mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan pengalaman yang luas bagi meminimumkan risiko pembangunan/kewangan.
·Lokasi tanah yang amat strategik iaitu berdekatan dengan cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka dan Projek Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) serta mempunyai sambungan terus kepada perkhidmatan Monorail dan LRT yang membuatnya sangat menarik bagi pelabur tempatan dan juga antarabangsa.
Jalan Penyelesaian
•UDA Holdings Bhd mengeluarkan surat jemputan kepada 15 syarikat tempatan dan luar negara yang sudah dan pernah menyatakan minat untuk menyertai projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu pada Januari lalu.
•Pada 7 dan 8 Mac, 11 syarikat membentangkan kertas cadangan mereka kepada Lembaga Pengarah UDA
•Daripada 11 syarikat terbabit, dua adalah syarikat asing iaitu AsianPac Holdings Ltd dan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC), dua syarikat adalah usahasama tempatan dan asing, iaitu Jetson Construction Sdn Bhd dan LKJ Construction Sdn Bhd manakala bakinya, adalah syarikat tempatan.
•Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd menggariskan 3 terma rujukan yang perlu dipatuhi semua syarikat ketika membentangkan kertas kerja mereka dalam memastikan UDA Holdings Bhd mendapat pulang maksima serta terus menunaikan tanggungjawab agenda Bumiputera dalam pelaksanaan projek ini.
•3 Terma Rujukan ini ialah:
-UDA Holdings Bhd mahu memiliki kompleks beli belah dari Basement 1 hingga Tingkat 5 yang reka bentuknya perlu inovatif, terkini serta mampu bersaing dengan kompleks beli belah sedia ada
-UDA Holdings Bhd mahu memiliki semua tempat letak kereta.
-Terminal Bas yang mempunyai 180 petak dan ia perlu diintegrasikan dengan stesen monorel dan LRT sedia ada.
•Objektif utama terma rujukan adalah: -
a)Untuk meminimumkan risiko kewangan dan pembangunankepada aset UDA termasuklah:-
·tanah tidak dicagarkan.
·penyiapan aset UDA didahulukan dan
·memilih rakan kongsi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta pengalaman yang luas.
b) Memastikan aset yang diberi kepada UDA mempunyai nilai pasaran yang maksima.
c)Memastikan pendapatan tahunan yang maksima dari aset tersebut bagi memastikan kesinambungan UDA pada masa akan datang.
d) Sebagai pengukur dan panduan bagi menilai semua cadanganpembangunan yang diterima.
Keputusan:
•Mesyuarat Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd pada 28 April 2011, bersetuju terhadap pemilihan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) bagi membangunkan bekas tapak Penjara Pudu yang dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC).
•Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) adalah pilihan yang paling sesuai sebagai pelabur Turnkey kepada UDA Holdings Bhd dalam pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu. Syarikat ini, sepenuhnya memenuhi keperluan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan UDA dengan beberapa tawaran utama mereka adalah seperti berikut:-
a)Tidak mengenakan bayaran ke atas tanah.
b)GDV tertinggi bagi aset UDA sebanyak RM2.1 bilion.
c)Pendapatan berulang tertinggi pada RM426 juta pada setahun.
d)Nisbah tertinggi aset UDA kepada GDV keseluruhan pada 29%.
e)Pulangan tertinggi nilai tanah lebih daripada 3 kali atau 300%.
f)Pelabur menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan jelas mengenai pecahan aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur. Ini juga memastikan penyerahan aset UDA Holdings Bhd sebelum aset pelabur.
g) Kertas cadangan juga meliputi akses jaringan jalan masuk bertingkat yang akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.
h) EICEC berjaya 100 peratus mematuhi syarat-syarat dengan menawarkan aset tambahan iaitu Pusat Konvensyen.
i) Menyediakan taman sebagai kawasan hijau yang juga bertindak sebagai zon penimbal antara aset UDA Holdings Bhd dan aset pelabur.
j)Pembiayaan projek dari luar negara akan membawa FDI ke negara ini.
•Profil syarikat EICEC adalah seperti berikut: -
a)Menerima anugerah syarikat paling inovatif di China untuk tahun 2010.
b)Salah satu dari 10 syarikat teratas tanggungjawab sosial di China.
c)Diletakkan sebagai ‘An Outstanding Enterprise’ di Hong Kong untuk tahun 2010.
d)Memiliki / mengurus salah satu jambatan kabel terpanjang (1.2km) di dunia.
e)Telah menyiapkan lebih dari 1000 projek pembinaan di seluruh dunia termasuk Moscow China-Town bernilai USD1 Billion.
f)Antara beberapa syarikat yang diluluskan oleh Menteri Pembinaan China untuk beroperasi di luar negara.
g) Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh, kerana 100% dimiliki oleh Kerajaan China, seperti risiko kegagalan dianggap minimum.
h)Mendapat sokongan kewangan yang dijamin CCB (China ConstructionBank) sebanyak USD1.3Billion untuk projek tapak bekas Penjara Pudu. Memiliki kredit AAA.
i) Mendapat kemudahan kredit dari China Development Bank sebanyak USD 4.0 billion bagi pembiayaan projek di luar negara.
j)Kerjasama asing (seperti kerajaan dengan kerajaan) dianggap kaedah yang terbaik untuk kejayaan menyiapkan projek.
Ini merupakan intipati dalam kemelut yang di canang sana sini oleh pihak yang tak bertanggungjawap kerana Syarikat mereka tidak mendapat Projek Mega yang akan di bangunkan di tanah Penjara Pudu.
UDA Holdings merupakan syarikat GLC yang mesti membuat keuntungan dan dalam hal ini tidak ada cacat celanya pihak UDA Holdings melantik syarikat dari Negara China yang mana di miliki oleh Kerajaan China dan mempunyai keewangan yang kukuh dalam membangunkan tapak penjara Pudu.
Malah jika anda lihat UDA Holdings menetapkan syarat yang mana TANAH TIDAK DI CAGARKAN yang jelas pada kita jika apa apa yang berlaku seperti krisis Ekonomi 1998 UDA Holdings tidak mengalami kerugian dan segala kerugian ataupun Kos akan di tanggung oleh Syarikat Kerajaan China.
Ini lah yang perlu kita imbas apabila Dato Seri Najib membuat lawatan bertemu Perdana Menteri China dan kunjungan Balas Perdana Menteri China ke Malaysia. Kerjasama antara dua negara yang di jalankan dalam pembangunan Tapak penjara pudu ini.
Dengan pelaburan dari negara China masuk berbilion bilion sudah pasti negara negara lain tidak senang duduk dan akan berlumba lumba untuk masuk ke Malaysia dan ini menguntungkan Malaysia sama sekali.
Mungkin orang Melayu ada yang marah kerana Uda Holdings tidak memberikan Pembangunan Tanah Pudu ini kepada Syarikat Bumiputera. Gomo pun pada awalnya bertanya kenapa tak bagi syarikat Bumiputera?
Tapi ini lah hakikat yang kita harus terima dan kita harus renungkan. Pembangunan Tanah Penjara Pudu ini akan menelan Kos sekitar 7 Bilion yang mana mengambil masa 5 ke 6 tahun. Dan dalam hal ini Kos Keewangan dalam membangunkan Projek ini amatlah tinggi sama sekali dan UDA mesti mencari potensi terbaik dalam membuat keuntungan bagi menampung projek projek lain yang juga melibatkan banyak syarikat Bumiputera.
Naza TTDI syarikat Bumiputera juga tidak berjaya kerana tidak mampu memberikan tawaran yang terbaik kepada UDA Holdings bagi projek ini apatah lagi dengan syarikat syarikat yang lain termasuk lah juga Syarikat ALI BABA yang di canang sana sini oleh Dato Musa Syeikh fadzir.
Susulan artikel ini akan di jelaskan dan Gomo juga tidak lah hebat atau pun pandai dalam bab Projek ataupun tender ini kerana Gomo tak berminat. Namun dari segi logik akal kita sendiri pun boleh Berfikir mengapa UDA Holdings memilih Syarikat Negara China yang mempunyai Modal dan Keewangan yang kukuh dalam membangunkan Projek Mega ini.
Buang buang lah mentality Orang Melayu yang bila tak dapat Projek maka dia lah menyalak ke depan konon dia lah Jaguh orang melayu. Sendiri punya tempat pun tak jaga ada hati nak jadi Jaguh!
Post a Comment