Kita masih ingat isu perselisihan faham diantara Hasan Ali dan Ronnie Liu sehingga membawa kepada tindakan memulangkan balik arak yang dirampas oleh pihak PBT di Selangor. Ini antara kronologi bukit PAS hanya kuda tunggangan di dalam Pakatan Rakyat. Merayu simpati undi dari bukan Islam demi kuasa politik mereka.Natijahnya mereka sebenarnya tidak layak memimpin dan maruah mereka berada di tapak kaki DAP.
Isu arak di Selangor sebenarnya masih belum selesai sepenuhnya. Kita perlu melihat bagaimana Hasan Ali mempersoalkan penjualan arak di kawasan orang Melayu dan aku setuju secara peribadi bahawa perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Kenapa? Kerana arak adalah antara punca terbesar keruntuhan moral sesuatu bangsa itu. Berpunca daripada arak jugalah gejala sosial lain akan meningkat naik.
Di Selangor selepas DAP menjadi "group leader" dalam memerintah jelas menunjukkan rakyat Selangor menghadapi masalah gejala sosial yang teruk. Ini adalah statistik penagihan dadah daripada tahun 2008 sehingga Mac 2010 selepas Pakatan Rakyat memerintah. Jika dilihat dari statistik tersebut, hampir keseluruhan daerah di Selangor menunjukkan peningkatan bermula dari Klang sehingga ke Sepang. Dalam tempoh 3 bulan pertama 2010 jumlah yang terkumpul hampir menyamai jumlah keseluruhan tahun 2008. Daerah Petaling Jaya pada Jan-Mac 2010 sudah mencecah 263 orang iaitu melebihi jumlah keseluruhan pada 2008. Itu belum dikira peningkatan mendadak daerah yang sama pada 2009.
Kegiatan maksiat dan pelacuran yang menjadi antara tanggungjawap Ronnie Liu juga meningkat seperti statistik dibawah. Shah Alam yang dikenali sebagai bandaraya bersih mempunyai sebuan sebanyak 22 kali pada 2009 berbanding hanya 2 kali pada 2008. Di Kuala Langat peningkatan sebanyak 100% iaitu sebanyak 151 serbuan berbanding 45 pada 2008. Kita jangan melihat ianya sebagai kesungguhan kerajaan negeri untuk membasmi kegiatan maksiat dan pelacuran tetapi peningkatan serbuan itu bermakna pusat maksiat dan pelacuran semakin bertambah di Selangor. Siapa Exco yang bertanggungjawap? Mungkin Hasan Ali ada jawapannya.
Inilah yang dibimbangi oleh Hasan Ali tempohari. Kegagalan mengawal penjualan "punca terbesar" gejala sosial telah menunjukkan hasil. Mungkin Ronnie Liu tersenyum kerana apa yang beliau inginkan telah membuahkan hasil. Ronnie Liu telah berjaya mendapat 2 kredit sebagai Exco. Pertama berjaya menunjukkan beliau lebih berkuasa sebagai Adun DAP dalam menidakkan kuasa Adun PAS dan kedua berjaya merosakkan sebahagian besar rakyat Selangor.
Pengguguran Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor memudahkan lagi kerja-kerja DAP. Hala tuju PAS sudah berjaya di tukar, kreabiliti Adun PAS sudah berjaya di mainkan. Apa lagi yang tinggal dengan PAS? Hasan Ali berjaya disampahkan oleh orang-orang PAS yang gilakan pangkat dan jawatan. Siapa lagi yang mampu sergah DAP di Selangor?
PAS adalah barua kepada DAP. Mereka berjuang demi kepentingan politik DAP dan ianya telah terbukti apabila PAS mengalah dalam hala tuju perjuangan mereka dalam memperjuangkan Islam. Itu yang perlu kita sematkan di dalam pemikiran kita supaya tidak terpesong dengan retorik politik bodoh mereka.
Masih adakah lagi penyokong PAS yang belum sedar permainan DAP ini? Fikir-fikirkanlah!!!!
Post a Comment